Kau adalah tuan rumah
Tuan rumah yang mempunyai dua pilihan
Membenarkan pendatang haram bertapak
Atau
Mengizinkan pendatang haram lari
Tiadanya engkau pada Malaikat
Sentiasa taat mereka kepada Pencipta
Tiadanya engkau pada Matahari dan Bulan
Tiada penyimpangan mereka pada Orbit
Adanya engkau pada Manusia
Terbahagi duanya Manusia
Taat mereka dengan Pencipta
Atau
Larinya mereka dari jalan yang lurus
Yang jahil akan lebih baik
Sekiranya menolak keras terhadap NAFSU
Yang alim akan di hinakan
Sekiranya akur dengan kerakusan NAFSU
Ilmu apakah yang dapat dipanggil
Orang alim sekiranya mereka akur pada
NAFSU
Durjana ini
Ketahuilah wahai sahabat
Induk segala maksiat, syahwat dan kelalaian
Adalah akur kepada NAFSU
Dan
Sumber segala taat dan terpelihara diri
Adalah menentang kepada NAFSU
Tiada perbezaan pada hakikatnya
Antara NAFSU, HATI dan DIRI
Memerangi hawa NAFSU
Bererti memerangi diri sendiri
Berperang dengan diri sendiri
Jangan diminta pertolongan diri sendiri
Ilmu akan lebur tidak berdaya menentang
Kerana ilmu adalah alatnya
Patuhlah ia pada tuannya
Makrifat diminta pertolongan
Larilah ia kepada ilmu
Terjadilah cerita sama
Leburlah ia akan Makrifat kepada NAFSU
Yang pentingnya
larilah dengan segera
larilah dengan pantas
larilah dengan bertawakal
kepada
ALLAH MAHA KUASA
Menjeritlah sekuat-kuat hati
Meminta pertolongan
Meminta pertolongan Abadi
Pertolongan yang sejati
Pertolongan yang Hakiki
Terus istaqamah berserah diri
Daripada dikalahkan hawa NAFSU
Kepada ALLAH berserah diri memohon pertolongan
Itulah kekuatan yang dapat menewaskan NAFSU
Tetaplah dalam ketaqwaan
Tidak berubah keyakinan terhadap Allah
Kekuasaannya
Kebijaksanaannya
Ketuhanannya
Walaupun ketika itu kamu
Sihat atau sakit
Senang atau susah
Kaya atau miskin
Suka atau duka
Bila wujud sifat Reda
Itulah tandanya NAFSU sudah tunduk
Kepada kebenaran.
smile always