"siapa yang Allah mahukan kebaikan padanya, nescaya Allah memberikan kefahaman agama kepadanya."(riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Thursday, January 27, 2011

ijah call aku ^_^

      Harini telefon rumah aku berdering.. kring ! kring ! kring ! aku megangkat dengan penuh tanda tanya   
(cehh, nk buat cerita konon2 dlm novel :p ) hahaha.. aku angkat laa tepon.. tgk2 ada org tnya.. "ni nina ke?, nina ke ni?? " (name panggilan aku belah2 sedara aku adalah "nina"..kat kmpar "leena" huhuhu.. back to the story..aku ckp laa.. ni nina laaa.. sape ni? then..aku ckp.. woi, ni ijah ka? hahaha..slambe jee ckp woi.. 
hahaha, ingt jgk hang kat aku kn ! actually die pegi teknik alor setar.. :) rndu nk denga suara hang wei :( 
ingt gak hang kat aku no..  syggg hang!!! always miss you! 


p/s: hang ingt kan jgk nk tepon aku..dari tu....
                                
hopefully I'll find you by accidentally at anyplace when you back

smile always

Friday, January 7, 2011

Rasulullah Nabi Muhammad SAW :)

Rasulullah SAW
Berabad-abad sudah berlalu
namun namamu masih melekat di hatiku
tak pernah aku bertemu atau berjumpa denganmu

tak pernah aku melihat langsung dakwahmu
namun sinar cahaya itu mampu menebus zaman dan ruang
menembus perbezaan di antara seluruh umat manusia
cahaya itu tak pernah redup sampai akhir zaman
Rasulullah SAW , begitu agung namamu
bergetar hati ini , menangis , rindu bertemu dengan mu
rindu pada suri tauladan yang kau berikan
rindu pada kesederhanaan dan kepedulianmu
rindu pada kedamaian yang kau ciptakan
Rasulullah SAW , rindu pada kepemimpinanmu
Cinta dan kasih sayang mu tiada tara
Rahmatan Lil Alamin , memang itulah dirimu
Umatmu sekarang banyak yang sudah menjauhi suri tauladanmu
banyak yang sudah berubah
Rasulullah SAW , aku rindu padamu
kami rindu padamu
Rasulullah Nabi Muhammad SAW
Aku yakin sinar yang kau bawa tak kan pernah padam
Allahumma Solli Ala Muhammad
semoga salawat itu akan tetap berdengung
hingga akhir masa nanti

smile always

Damai BersamaMu~




smile always

LEBAH , ILMU DAN MADU




Kalau kamu peminat ilmu
Perhatikan oleh mu akan lebah
Kalau kamu peminat ilmu
Contohi oleh mu kerajinan lebah


Kalau kamu peminat ilmu
Pelajarilah oleh mu ketekunan lebah
Kalau kamu peminat ilmu
Tekunlah oleh mu seperti lebah

Dari setitik madu dan usaha yang berterusan
Maka jadilah ia sarang yang cantik
Melahirkan ramai pejuang
Melahirkan ramai pekerja yang rajin
Melahirkan makhluk yang sangat tekun
Sarang yang mengumpulkan madu yang sangat lazat
Menafaat pula kepada manusia

Kalau kamu boleh
Setekun
Serajin lebah
Kamu akan mendapat ilmu
Yang menafaat kepada manusia

Itulah lebah yang istimewa
Selain Manusia
Jin
Malaikat
Mendapat wahyu
Lebah juga mandapat wahyu

Contohilah lebah

Makhluk ALLAH yang sangat istimewa

smile always

Percuma tetapi Beharga !

Wahai manusia fikirlah sebentar

Tenangkan minda tenangkan diri
Cuba kita renungi ini
Percuma dari ALLAH tetapi berharga


Udara
Keperluan semua Makhluk di bumi
Diberi percuma kepada mereka
Tetapi sedikit sahaja yang bersyukur
Kepada ALLAH

Hujan
Juga amat berharga
Diberi percuma kepada makhluk
Menumbuhkan tumbuhan
Keperluan pelbagai haiwan
Keperluan manusia
Banyak keperluannya

Tanah juga diberi percuma
Banyak kegunaan kepada manusia
Bercucuk tanam pelbagai tanaman
Untuk dijadikan makan manusia
Tanah yang di beri percuma oleh ALLAH
Mengeluarkan barang berharga
Emas
Perak
Intan berlian
Minyak
ALLAH tidak minta balas
Cuma taat dan taqwa
Itu sahaja yang dipinta

Tidak terusik kalau derhaka
Yang rugi cuma manusia

Matahari dan bulan adalah pasangan
Tetapi tidak pernah bertemu
Diberi percuma oleh ILAHI
Untuk keperluan manusia
Untuk keperluan tumbuhan
Untuk keperluan haiwan

Tumbuhan bertasbih dan bersyukur
Haiwan berytasbih dan bersyukur
Manusia sedikit sahaja yang bersyukur
Hairan kan???
Yang ada akal tak pakai
Yang tak berakal ada kelebihan

Wahai manusia fikirlah sebentar
Percuma dari ALLAH tapi berharga

smile always

~n a f s u~

Kau adalah tuan rumah
Tuan rumah yang mempunyai dua pilihan
Membenarkan pendatang haram bertapak
Atau
Mengizinkan pendatang haram lari

Tiadanya engkau pada Malaikat
Sentiasa taat mereka kepada Pencipta
Tiadanya engkau pada Matahari dan Bulan
Tiada penyimpangan mereka pada Orbit

Adanya engkau pada Manusia
Terbahagi duanya Manusia
Taat mereka dengan Pencipta
Atau
Larinya mereka dari jalan yang lurus


Yang jahil akan lebih baik
Sekiranya menolak keras terhadap NAFSU
Yang alim akan di hinakan 
Sekiranya akur dengan kerakusan NAFSU

Ilmu apakah yang dapat dipanggil 
Orang alim sekiranya mereka akur pada
NAFSU
Durjana ini

Ketahuilah wahai sahabat
Induk segala maksiat, syahwat dan kelalaian
Adalah akur kepada NAFSU
Dan
Sumber segala taat dan terpelihara diri
Adalah menentang kepada NAFSU

Tiada perbezaan pada hakikatnya
Antara NAFSU, HATI dan DIRI
Memerangi hawa NAFSU
Bererti memerangi diri sendiri

Berperang dengan diri sendiri
Jangan diminta pertolongan diri sendiri
Ilmu akan lebur tidak berdaya menentang
Kerana ilmu adalah alatnya
Patuhlah ia pada tuannya

Makrifat diminta pertolongan
Larilah ia kepada ilmu
Terjadilah cerita sama
Leburlah ia akan Makrifat kepada NAFSU

Yang pentingnya 
larilah dengan segera
larilah dengan pantas
larilah dengan bertawakal
kepada 
ALLAH MAHA KUASA
Menjeritlah sekuat-kuat hati
Meminta pertolongan
Meminta pertolongan Abadi
Pertolongan yang sejati
Pertolongan yang Hakiki
Terus istaqamah berserah diri
Daripada dikalahkan hawa NAFSU
Kepada ALLAH berserah diri memohon pertolongan
Itulah kekuatan yang dapat menewaskan NAFSU

Tetaplah dalam ketaqwaan
Tidak berubah keyakinan terhadap Allah
Kekuasaannya
Kebijaksanaannya
Ketuhanannya
Walaupun ketika itu kamu
Sihat atau sakit
Senang atau susah
Kaya atau miskin
Suka atau duka

Bila wujud sifat Reda
Itulah tandanya NAFSU sudah tunduk
Kepada kebenaran.

smile always

Saturday, January 1, 2011