"siapa yang Allah mahukan kebaikan padanya, nescaya Allah memberikan kefahaman agama kepadanya."(riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Thursday, July 21, 2011

?..??

Aku tidak tahu mengapa aku merasa kelainan dan luarbiasa rrasa apabila melihat. Apakah ini rasa yang luarbiasa? Astafirullah.. jauhkan aku dari segala dosa2 ya Allah dan dari segala Bahaya T_T
hanyaMu yang mengetahui apa yang aku rasa ya Allah dan MAHA mengetahui dari segala sesuatu.. aku mohon pelindungMU ya Allah, Hasbunallah Wanikmal Wakil(cukuplah Allah sebagai pelindungku)!
sesungguhnya Allah lah sebaik baik pelindung........
smile always

Tuesday, July 12, 2011

selamat membaca

"Aku terima nikahnya Fatimah Az-Zahrah binti Mohamad Nasir dengan mas kahwin RM80.00 tunai".

Dengan sekali lafaz, aku kini sah bergelar isteri. Lidahku kelu tidak mampu berkata apa-apa. Perasaanku bercampur baur. Pipiku terasa hangat dan basah. Aku tidak pasti mengapa air mataku jatuh sedangkan aku sepatutnya gembira dengan pernikahan ini.

Abdul Rahman bin Abdullah, itu lah nama jejaka yang kini telah sah menjadi suamiku. Dialah yang akan menjadi teraju masjid yang telah kami bina. Orangnya tinggi, kulitnya agak cerah, matanya bersinar, wajahnya seakan-akan bercahaya. Mukanya tidaklah persis Orlando Bloom yang dinobatkan menjadi "hot papa", mahupun Kim Hyun Joong yang menjadi kegilaan ramai gadis. Dia tidaklah terlalu kacak, tetapi sedap mata memandang.

Dirinya memang selalu menjadi buah mulut orang. Apakan tidak, sudahlah mukanya manis di pandang, di tambah pula dengan sikapnya yang zuhud. Ya, dia seorang yang taat kepada Maha Pencipta, Tuhan Sekalian Alam. Selepas sahaja dia melafazkan akad, dia terus lakukan sujud syukur. Sungguh. Dia memang menjadi idaman siapa sahaja yang melihatnya. Aku juga aneh kenapa dia memilih aku? Sedangkan dia begitu baik, begitu alim, begitu sempurna..

Hingga detik ini aku masih belum mendapat jawapannya. Kenapa aku yang dipilihnya? Aku bukanlah baik mana. Kalau diikutkan, di luar sana, masih ada berjuta wanita yang boleh dipilihnya. Masih ramai lagi yang lebih baik daripadaku. Tapi, kenapa aku? Pakai tudung pun masih tidak pecus lagi. Kerap kali pemakaian tudung ku masih tidak mengikut saranan agama.

"Alhamdulillah. Sekarang, kita sah menjadi suami isteri. Abang harap, dengan penyatuan kita, dapatlah kita sama-sama berjuang ke jalan Allah", ujar suamiku menghentikan lamunanku sebentar tadi.

Di pandangnya wajahku, kemudian di lapnya benih-benih jernih yang keluar dari kelopak mataku. Selepas disarungkan cincin ke jari manisku, kusalam tangannya. Dia kemudiannya mencium dahiku. Entah kenapa pada waktu itu aku terasa tenang. Aku dapat rasakan keselamatan yang selama ini tidak pernah kurasakan dengan mana-mana lelaki lain. Aku tidak mampu berkata apa-apa. Air mataku tetap laju merembes keluar dari hujung pagar kelopakku.

"Alhamdulillah, anak mak sudah jadi isteri orang sekarang ni. Jadi isteri ni, tak mudah. Tapi, banyak ganjarannya. Lepas ni, kamu kena duduk dengan suami, jaga makan minum suami. Pesan mak jangan lupa, ya nak. Kata suami jangan ingkar", pesan ibuku sebelum aku pergi mengikut suamiku pulang ke rumah baru kami.

***

"Zahrah, dari tadi Abang tengok Zahrah diam je. Kenapa? Zahrah tak sedap badan ke?" tanya suamiku memecahkan kesunyian yang tercipta di antara kami.

Aku masih tidak mampu untuk berkata apa-apa. Ku gelengkan sahaja kepalaku menunjukkan kepadanya bahawa aku tidak apa-apa. Namun, dia terus ajukan soalan kepadaku,"Dah tu, kenapa Zahrah diam? Zahrah rindu mak ye?"

Usikannya langsung tidak mendapat respon daripadaku. Aku masih duduk kaku di sofa ruang tamu rumah kami.

Alhamdulillah. Biarpun, rumah kami tidaklah besar mana tapi cukup dengan kelengkapan rumah. Set sofa, televisyen, peti sejuk, semuanya sudah lengkap tersedia. Suamiku memang benar-benar bijak merancang sebelum berkahwin. Dilengkapi dulu segalanya sebelum dia masuk merisik si gadis sunti.

Perlakuanku yang dari tadi diam membisu ibarat seorang anak kecil yang baru lepas dimarahi menyebabkan si dia mengambil keputusan untuk mendekatiku justeru terus mengatur langkah ke arahku dan mengambil posisi betul-betul di sebelahku. Di pegangnya pipiku, diusapnya kepalaku. Wajahnya begitu tenang menyebabkan aku turut tenang. Terus terdetik dalam hatiku 'Ah, untungnya badan.

Sudahlah kacak, baik pula tu' Ditenungnya mataku dalam-dalam sebelum dia bertanyakan semula padaku, "Zahrah, kalau awak tak selesa Abang faham. Ni kali pertama awak hidup tanpa parents kan. Abang faham Zahrah. Susah bagi awak nak terima semua ni. Tapi, dari tadi Abang tak nampak pun Zahrah senyum. Kot ye pun, senyum lah sikit. Zahrah comel tau kalau senyum," dia cuba memujuk agar aku mengukir senyuman.

Entah kenapa, bibirku mula mengukir senyuman. Aneh. Kenapa aku akur dengan kata-kata dia? Ah! Aku tidak mahu lagi berada dalam kekeliruan. Aku perlu tahu kenapa dia beria-ia mahu menikahi aku. Gadis yang begitu banyak kelemahannya. Gadis yang tak pernah pun ambil peduli pasal dia malah aku tak pernah mengenalinya secara dekat sebelum ini. Oleh sebab itu aku perlu tahu. Aku ni sekadar pelengkap hidup dia yang sememangnya lengkap tu ke? Ye lah. Semuanya dia ada. Yang kurang, cuma isteri. Lagi-lagi umur dia yang dah masuk 30-an. Entah-entah aku ni pilihan dia yang terakhir.

"Hmm.... awak, kenapa awak nak kahwin dengan saya?" ayat pertama yang keluar dari rongga mulutku setelah bergelar suami isteri.

"Laa.. Sebab tu je ke. Zahrah cuma nak tahu tu je? Tu yang Zahrah diam membisu dari tadi?", ujar sang suami diikuti ketawa kecil.

"Awak, saya tanya kenapa awak nak kahwin dengan saya?" tanyaku dengan nada yang lebih tegas.

"Hmm... Zahrah nak Abang jawab macam mana? Biar Abang jawab asalkan isteri Abang senyum," soalanya kembali dengan lemah lembut.

"Awak, saya tak main-main ni. Saya tanya sekali lagi. Kenapa awak kahwin dengan saya?" bentakku.

"Okay. Abang akan jawab. Tapi, sebelum tu boleh Abang tahu kenapa Zahrah kahwin dengan Abang?" Soalnya pula seakan ingin menjeratku kembali.

Terkaku kelu lidahku mendengar ungkapan balas darinya. Ya, kenapa aku mengahwininya? Kalau aku tidak mahu, boleh saja aku katakan tidak. Tapi, kenapa aku terima? Kenapa aku tidak membantah di saat ibu dan ayah menjodohkan aku dengan dirinya? Apa yang membuatkan aku tertarik dengan si dia? Sebab wajahnya kah? Atau sebab kebijaksanaan si teruna? Atau mungkin kerana keimanannya? Aku tidak tahu. Aku keliru.

"Kenapa Zahrah membisu?" tanya si suami membuatkan aku tersedar.

"Saya tanya awak dulu kan! Awak jawab je lah! Jangan nak ubah topik boleh tak?" Bentakku sudah hilang sabar kerana terasa seolah sedang dipermainkan.

Dia agak terkejut dengan nada ku yang tinggi itu. Namun dia tidak marah. Yang menghairankan ku lagi, dia cuma tersenyum.

"Abang kahwin dengan Zahrah sebab Allah," ujarnya ringkas tetapi seakan penuh makna.

"Awak, dari dulu sampai sekarang itu je yang awak kata. I need your explanations! Please, I need to know the truth. Stop fooling around with God's name, boleh tak? Kalau awak nak menarik perhatian saya dengan jawapan awak tu, fine! You've made it! Saya tertarik bila dengar awak cakap macam tu. Tapi, sekarang please lah! Since, kita memang dah sah jadi husband and wife, I need to know why. And by saying that, I mean, explanation. saya tak nak hidup dalam kekeliruan. Hidup dalam sangkaan yang awak kahwin dengan saya sebab saya ni last choice. I'm tired of being the person who people i'll turn to bila diorang tengah lonely. Bila diorang dah tak ada tempat lain untuk mengadu, untuk berseronok, untuk bergelak tawa, baru diorang nak cari saya. Saya penat diperlakukan sebegitu. Awak faham?" jawabku panjang dan keras.

Ku palingkan mukaku darinya. Entah kenapa aku begitu takut untuk berkata kasar tepat pada wajahnya. Entah kenapa secara automatik aku berkata begitu tanpa ada sedikit pun keberanian memandang mukanya.

Sekali lagi, dia mengalihkan wajahku tepat memandang wajahnya. Senyuman nipis terukir di bibirnya. Tiada langsung bara kemarahan yang dapat dilihat dalam irisnya.

"Abang kahwin dengan Zahrah cuma ada satu sebab. Tak lebih, cuma satu. Orang lain, mungkin ada banyak sebab tapi bagi Abang, cukuplah satu sebab Abang. Abang kahwin dengan Zahrah bukan sebab Zahrah cantik. Abang akui, Zahrah memang cantik. Tapi, jujur Abang katakan kalau Abang nak cari yang lebih cantik, Abang boleh. Tu langsung tak menjadi masalah. Abang tak kahwin dengan Zahrah sebab Zahrah bijak. Buat apa Abang kahwin dengan orang yang bijak yang satu hari nanti berkemungkinan besar akan pijak kepala Abang? Abang tak kahwin dengan Zahrah sebab kemewahan. Tidak Zahrah, tidak sama sekali. Kalau mahukan kemewahan, segalanya Abang dah ada. Rumah.. Kereta... Walaupun tidaklah sebagus dan semahal mana, tapi sekurang-kurangnya Abang ada," balasnya lembut penuh hikmah dengan makna yang amat mendalam.

Kata-katanya lagi sekali membuatkan flood gate ku mula penuh hanya menanti masa untuk dirembeskan. Aku benar-benar kaget mendengar ucapannya. Seketul organ yang aku bawa selama ini, yang aku jaga daripada dipermainkan oleh mana-mana insan yang bergelar lelaki bagaikan ditusuk dan dirobek-robek halus oleh kata-katanya. Sinis sungguh arjuna ini! Mentang-mentang aku sudah sah menjadi isteri, boleh pula dia suka-suka hati cakap macam tu kat aku. Indah khabar dari rupa sungguh! Mahu sahaja aku tampar mukanya. Namun, entah kenapa badanku terus diam kaku. Seakan-akan masih menanti kata-kata yang bakal keluar dari bibirnya.

"Zahrah nak tahu kenapa Abang kahwin dengan Zahrah? Jawapan Abang memang takkan berubah, sayang. Tidak kiralah macam mana pun Zahrah tanya Abang, jawapan Abang tetap sama. Abang kahwin dengan Zahrah kerana Allah. Allah yang menentukan jodoh kita. Rusuk Abang, ada pada Zahrah. Jadi, siapa yang dapat melindungi hati Abang melainkan Zahrah? Mungkin Zahrah fikir kita tidak secocok. Tapi, ini semua perancangan-Nya, Zahrah. Kecantikan Zahrah, kebijaksanaan Zahrah, kemewahan Zahrah, itu semua tidak menarik Abang kepada Zahrah. Apa yang menarik Abang pada Zahrah adalah Allah. Segalanya telah Allah tentukan. Bila kita lahir, bila kita meninggal, siapa jodoh kita, berapa banyak rezeki kita, semua itu Allah telah tetapkan, sayang," tutur suamiku ikhlas.

Sekali lagi, kata-katanya menusuk kalbuku. Kali ini, air mataku tidak dapat dibendung lagi. Tersedu sedan aku menangis mendengar kata-katanya. Terus dipeluknya aku erat. Saat ini, aku terasa nyaman. Selamat sungguh aku rasa dalam pelukannya. Biarpun tangisan ku semakin menjadi-jadi, tapi hatiku seolah-olah mendapat satu ketenangan yang tidak dapat aku ungkapkan.

"Apa yang boleh Abang katakan, Abang tidak mungkin akan mengungkapkan kata-kata seperti orang lain. Bermanis mulut mengatakan isterinya begini begitu, menjawab persoalan mengapa dia mencintai isterinya dengan memberikan pelbagai perumpamaan. Abang tidak mampu melakukan semua itu. Tapi, kalau itu yang Zahrah mahu, Abang usahakan. Dengan izin-Nya, insya-Allah, Abang cuba. Tapi, tolong jangan terus menerus mempersoalkan ini dan itu. Ini semua kehendak Yang Maha Esa, sayang. Kita Muslim, kepercayaan kepada Allah adalah asas. Itu tonggak kebahagiaan kita dunia akhirat. Abang harap, Zahrah faham. Kita hidup atas dunia ni sementara," pujuknya tatkala melihat aku mulai menangis.

"Ta....tapi..... Abang tak kenal pun Zahrah... Abang tak pernah tahu pun hati budi Zahrah," aku cuba menduganya dalam sedu-sedan.

"Sekarang pun, kita boleh kenal antara satu sama lain kan? kita dah jadi suami isteri, lebih mudahlah Abang nak kenal isteri Abang, tak gitu?"

"Ta....tapi..... Abang tak tahu siapa Zahrah. Zahrah ni jahat. Abang baik. A..." aku masih ingin menduganya. Aku mahu dia tahu aku bukanlah sebaik dirinya. Aku tidak setaraf dengannya.

Dilekapkan jari telunjuknya ke bibirku. "Tiada siapa yang boleh menentukan kebaikan seseorang melainkan Allah, sayang. Tiada seorang pun. Hanya Allah yang selayaknya untuk memutuskan siapa yang baik, siapa yang tidak."

Kualihkan jari runcingnya dari bibirku, lantas ku pandang wajahnya. Memang benar kata orang, memang sejuk mata memandangnya. Dia masih kelihatan begitu tenang biarpun aku sudah mengasarinya. Hebat sungguh arjuna ini mengawal emosinya. Aku mengerti jika dia marah. Sudahlah baru sahaja selesai resepsi, penat masih belum hilang, tak semena-mena isterinya pula buat hal. Kagum sungguh aku dengan lelaki yang telah selamat menjadi suamiku.

"Abang, Zahrah minta maaf. Zahrah tak bermaksud nak berkasar dengan Abang. Tapi, bila ada yang mempersoalkan sebab kita berkahwin, Zahrah jadi keliru. Sungguh" ujarku terketar-ketar dalam tangisan.

Suamiku hanya mendiamkan diri. Dibelainya aku perlahan dengan harapan dapat menenangkan aku.

"Abang sendiri tahu, Zahrah tidaklah secantik mana, tidaklah sebijak mana. Mahu dibanding dengan gadis yang pernah Abang temui, mungkin Zahrah tidak langsung setaraf dengan mereka. Lagi-lagi kita tidak pernah keluar bersama. Alih-alih, kita nikah. Mestilah timbul curiga dalam hati orang" terangku satu persatu.

"Zahrah, sudahlah tu. Abang faham Zahrah inginkan penjelasan. Memang Zahrah berhak tahu kenapa abang berkahwin dengan Zahrah. Im marrying you because of Allah and the answer will remain the same forever. Zahrah percayakan Abang?" Soalnya ingin tahu isi hatiku.

Aku mengangguk tanda setuju. Tidak ada lagi kalimah yang bisa kususun melainkan ucapan puji bagi Ilahi. Terima kasih, Ya Rabb kerana mempertemukan aku dengannya. Terima kasih, Azza wa Jalla kerana kau mempertemukan aku dengan seorang lelaki yang bisa mendekatkanku dengan-Mu. Terima kasih, Ya Allah
smile always

Tuesday, July 5, 2011

HARGA SEHELAI TUDUNG LABUH




Harga Sehelai Tudung Labuh
Dia menangis tersedu dalam dakapanku.
"Walaupun ana salah, tak boleh ke mereka tegur depan-depan? Kenapa perlu cakap-cakap kat belakang".


ku mengusap lembut belakangnya, cuba menenangkan.


"Ana rasa ana ni macam jahat sangat, ana tak tahu pun mereka tak suka dengan sikap-sikap ana". "Ana rasa macam semua orang tak suka ana, cakap buruk tentang ana kat belakang",

tangisnya makin menjadi-jadi, tak pernah ku lihat dia menangis sebegitu kerana dia biasanya hanya suka berdiam dan memendam, susah meluahkan perasaan.


"Mereka kata macam-macam, ana ni pakai je tudung labuh, bawa imej Islam tapi perangai tak macam orang tudung labuh.Ana sedih akak....

Salah ke ana menegur kalau ana nampak mereka buat perkara tak betul? Memang ana akui ana agak tegas dan berterus terang, tapi ana bukan nak malukan mereka. Ana tahu ana tak sempurna, ana bukan budak sekolah agama, banyak lagi ilmu ana tak tahu.


Mereka kata masa ana tak pakai tudung labuh dulu, ana tak macam ni", rintihnya lagi.


Ku biarkan saja dia terus meluahkan apa yang terbuku di hatinya, biar dia lega.

Ku leraikan pelukannya, namun terus mengelus lembut bahunya, mudah-mudahan dia diberi kekuatan.


"Anti menyesal ke pakai tudung labuh?", ana meneka. Dia hanya membisu.

Dikesatnya air jernih yang turun melaju dari tubir matanya. Ku dapat mengagak jawapan disebalik kebisuannya.

"Anti berputus asa nak menegur mereka lagi?", ana terus menduga.


"Buat apa nak tegur lagi, kalau tegur pun akhirnya ana yang kena kutuk", perlahan dia menjawab dalam sedu sedannya.


"Anti,....dengan nada yang lembut ku cuba untuk menusuk ke dalam hatinya,

mungkin Allah nak uji anti hari ini. Inilah harga tudung labuh yang kita pakai, inilah harga yang kita terpaksa bayar. Siapa kata pakai tudung labuh itu senang? Tak mudah seperti yang mereka nampak. Bila dah bertekad untuk pakai tudung labuh, kita kena siapkan juga fizikal, mental dan hati kita, kita kena kuat, kena tahan dengan cabaran.


Dan inilah antara ujiannya. Bilamana kita orang yang bertudung labuh buat silap, terus dikaitkan dengan agama. Bahkan kita ni jadi perhatian di mana-mana.

Pada mereka, kita kena jadi sempurna, kena tahu semua ilmu agama, dan tak boleh buat silap sikit pun. Sedangkan, kita juga manusia, manusia yang banyak sangat kelemahan", saya bersuara sambil memandang tepat ke wajahnya yang sugul.


"Jangan pernah menyesal dengan diri anti dan tudung anti. Jangan kerana masalah sekecil ini, anti dah mengalah. Ujian ni banyak sangat hikmahnya untuk anti. Allah nak ajarkan tentang sesuatu kepada anti.

Sebelum ini anti, mungkin tak pernah rasai ujian bila bertudung labuh, awal-awal dulu, semua menyokong, memuji dan beri galakan.

Jadi, mungkin anti tak terkesan sangat dengan istimewanya diri anti sekarang. Bila Allah datangkan ujian macam ni, baru kita akan rasai, betapa tak mudah sebenarnya.


Bersama tudung yang kita pakai, ada tanggungjawab besar yang kita bawa bersama. Tanggungjawab untuk memegang amanah,membawa imej Islam, tanggungjawab memperbaiki diri, biar dalaman kita secantik luaran, akhlak kita indah sebagaimana tudung kita, tanggungjawab mempersiapkan diri dengan ilmu, kerana wanita seperti kita, selalu jadi tumpuan bila sahabat-sahabat ada permasalahan agama.


Jangan anggap ia sebagai beban, anggaplah ia sebagai keistimewaan, yang Allah bagi hanya khas kepada insan-insan yang Dia pilih....


Nah, betul kan, bertudung labuh tak semudah yang disangka?

Hanya yang betul kental saja dapat terus istiqamah dengannya, dan yang istiqamah dalam mengharapkan keredhaan Allah,

bukan kah mendapat tempat istimewa di sisiNya?

Anti tak nak jadi terkenal pada padangan Allah dan penduduk langit ke?

Anti dah nak berputus asa ke?" ku menduga. Melihat dia terus membisu, ku bersuara lagi.


"Begitu juga, ujian ini mungkin nak menyedarkan sesuatu tentang dakwah yang berhikmah. Dulu kita biasa saja dengarkan, kat mana-mana ustaz cakap, dalam mana-mana buku yang kita baca, dakwah mesti berhikmah.


Jadi sekarang Allah nak ajar anti bukan teori saja, apa itu dakwah berhikmah, tapi juga praktikalnya sekali. Bagaimana dakwah berhikmah? Mesti kena caranya, tempatnya, sesuai perkataanya, tidak melukakan, tidak menyebabkan kemarahan orang yang kita nasihatkan.


Bagaimana kalau dakwahnya tidak berhikmah? Maka jadilah, dakwah kita tak berkesan, mad'u kita terasa jauh hati dengan nasihat kita, dan akhirnya keluar lah cakap-cakap belakang macam yang anti alami sekarang.


Jadi, anti jelaskan maksud akak tadi ? Kenapa bersungguh benar Allah dan rasul minta kita berdakwah secara berhikmah. Dan mungkin Allah nak tegur, cara anti, Allah nak anti perbetulkan kaedah dakwah yang anti guna,


Allah nak kata, salah tu, kena perbaiki. Salahkah Allah tegur? Tak salah, kan.


Anti tau tak,kenapa Allah tegur anti dalam situasi begini,....Allah tegur, sebab Allah sayyaanngg kat antii..., Allah tegur sebab nak bagi anti kekuatan, Allah tegur supaya kerja-kerja ini dapat anti laksanakan dengan lebih berkesan.


Dan seperkara lagi,anti perlu ingat tau, bila berdakwah, kita akan berhadapan dengan macam-macam ragam orang. Ada yang sensitif, ada yang terbuka, jadi kena bijak kita sesuaikan.

Dai'e yang kental, takkan putus asa, sebab dia tahu, dakwah adalah kewajipan, bukan pilihan."


"Lagi, apa Allah nak bagitahu anti? Terasa sangat sakit dan terluka bila kita jadi bahan umpatan, kejian dan kelemahan kita dibicarakan kat belakang, kan?

Jadi bila kita tahu sakitnya macam ni, kita jangan sesekali buat perkara sama kepada sahabat kita sebab kita dah tahu betapa pedihnya, betapa peritnya akibat daripada perbuatan ni.


Bila kita lukakan hati orang, boleh menyebabkan permusuhan juga. Bila ada apa-apa yang perlu ditegur, dinasihati, jumpa sahabat kita sendiri, cakap secara jujur dan ikhlas, insyaAllah semua orang suka kalau kelembutan digunakan, cepat meresap.

Kalau pun dia mungkin tak dapat terus berubah, sekurang-kurangnya dia tak terasa hati, dan tak ada permusuhan antara kita"."Betul tak"?soal ana padanya.


"Anti, walaupun anti rasa ujian ni sangat menyakitkan hari ni, tapi, cuba anti lihat,ana tak nampak satu pun perkara buruk yang Allah maksudkan terhadap anti. Semuanya ada hikmah yang sangat indah. Kenapa teguran Allah ini begitu perit, sakit?

Sebab Allah nak kita ingat, sebab yang menyakitkan tu lebih lekat dalam ingatan kita, kalau ujian tu senang, mungkin kita tak hargainya. Allah nak kejutkan kita, mungkin Allah terpaksa 'menyergah' kita dengan kuat."


Sedu-sedannya telah reda, Ya Allah semoga kekalutan jiwa dia juga begitu.


"Habis, apa ana kena buat?", tanyanya.

"Sekarang anti perlu sujud taubat kepada Allah, minta keampunanNya, mungkin ada kesilapan yang anti tak sedari, bersyukur padaNya sebab Dia telah menegur anti dengan ujian begini.


Kemudian pergilah jumpa sahabat-sahabat yang terasa dengan anti tu dan minta maaf. Sekarang tak timbul isu siapa bersalah pada siapa dulu, tapi yang sebaik-baiknya adalah leraikan permusuhan, minta dan beri kemaafan." jawabku.


Dia menggenggam tanganku erat, "Terima kasih akak".

"Allah yang sedang memujuk anti, ana pelakon tambahan saja, tapi ana bersyukur, Allah kurniakan anugerah pengajaran yang tak ternilai untuk ana hari ni.


Terima kasih ya Allah, terima kasih pada anti juga.


" Hatiku tenang, moga Allah memberi dia ketenangan yang sama. Adikku,ingatlah, walau siapa pun kita, bertudung labuh, tudung biasa, atau yang tidak bertudung sekalipun, kita SEMUA adalah manusia biasa, yang lemah, ada cacat celanya.

Sekiranya ada sahabat-sahabat kita terlalai, terlupa, tolonglah ingatkan dia dengan sebaik cara. Dan yang paling utama, setiap apa saja ujian yang mendatangi kita, berbaik sangkalah pada Allah.


Bertenang, dan fikirkan hikmahnya dengan rasional. InsyaAllah, pasti dan pasti Allah tidak akan pernah menzalimi kita dan akak yakin, anti mampu melakukannya!!!

"mudah-mudahan dengan usaha adik yang sedikit itu,disusuli dengan niat yang ikhlas,Insya Allah,memperolehi rahmat dan barakah dari-Nya....Amiin..
smile always

Apa itu Istiqamah?

APA ITU ISTIQAMAH?
Istiqamah boleh dimaksudkan sebagai berdiri teguh ataupun tetap pendirian sepanjang masa atas dasar kebenaran dan petunjuk tanpa ragu-ragu.
Namun begitu, istiqamah ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan oleh seseorang itu, tetapi tidak mustahil untuk dilakukan sekiranya keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah cukup teguh. Untuk mempertahankan sesuatu, kita haruslah mempunyai kekuatan untuk mempertahankannya, apatah lagi sekiranya sesuatu yang kita ingin pertahankan itu bukan kegemaran ramai, ataupun sesuatu itu kelihatan asing bagi orang ramai. Tidak ramai yang mampu untuk melaksanakan istiqamah ini dalam kehidupan seharian.
Sebagai contoh, ramai orang yang suruh bersabar tetapi tidak ramai mampu bersabar. Seterusnya ramai yang memohon maaf tetapi tidak ramai yang boleh memberi maaf. Dan “adalah baik menjadi orang yang penting tetapi lebih penting menjadi orang yang baik”. Ramai orang zaman sekarang yang ingin menjadi orang yang penting disisi masyarakat, namun tidak ramai yang ingin menjadi orang yang baik disisi masyarakat. Disinilah perlunya istiqamah dalam diri kita, iaitu patuh dan tunduk dengan segala arahan dan larangan-NYA.
Sebagai hamba-NYA, dalam setiap urusan kita, haruslah kita cari terlebih dahulu keredhaan-NYA, bukannya keredhaan sesama makhluk. Sebab sekiranya sesuatu urusan itu seluruh manusia meredhanya tetapi tidak bagi Allah s.w.t, maka tiada nilainya urusan itu disisi-NYA, tetapi jika seluruh manusia membenci tetapi Allah meredhainya maka istiqamahlah dan tetap teguh dengan urusan tersebut.
“Sesungguhnya orang-orang yang berkata (menegaskan keyakinannya): “Tuhan Kami ialah Allah”, kemudian mereka istiqamah (tetap teguh di atas jalan yang betul), akan turun malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): “Janganlah kamu bimbang dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu. Kamilah penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat; dan kamu akan beroleh - pada hari akhirat - apa yang diingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh - pada hari itu - apa yang kamu cita-citakan mendapatnya.(Pemberian-pemberian yang serba mewah itu) sebagai sambutan penghormatan daripada Allah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani! Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, serta dia sendiri mengerjakan amalan yang soleh, sambil berkata: “Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!” (Surah Fussilat, ayat 30-33).
smile always

Sunday, July 3, 2011

Pujuk lah Diri! ^_^





Bila kita rasa tertekan, kita mahu orang pujuk. Bila kita rasa nak menangis, kita kalau boleh mahukan crying shoulder.

Tetapi sama ada kita sedar atau tidak, tiada siapa yang bersama dengan kita dari kalangan manusia ini, sepanjang 24 jam penuh.

Saya bercakap dalam konteks manusia. Ya, kita boleh kata Allah ada. Itu satu kenyataan yang tidak punya penafian. Tetapi manusia fitrahnya perlukan manusia lain juga untuk menyokongnya. Jika tidak, Allah tidak akan mengajar kita berukhuwwah, Islam tidak akan mendidik kita untuk bersilaturrahim.

Walaupun mungkin kita mempunyai sahabat terbaik, tetap sahabat terbaik itu tidak dapat bersama kita 24 jam penuh.

Dari kalangan manusia, yang bersama kita 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 4 minggu sebulan, 12 bulan setahun, dan bertahun-tahun dalam sepanjang kehidupan kita, hanyalah kita sahaja.

Maka belajarlah memujuk diri sendiri.

Selain Allah, yang paling memahami diri kita adalah kita sendiri sebenarnya.

Menyediakan dasar yang kuat

Bukan mudah hendak memujuk diri sendiri. Perlukan kekuatan dan tenaga yang besar. Hendak menggembleng fikiran dan rohani agar kekal tenang bukan satu perkara semudah 123.

Justeru untuk melatih kita agar berjaya memujuk diri dalam situasi yang menekan, perlu ada dasar yang sangat kuat, agar mampu menampung tekanan

dan bebanan yang menimpa kita.

Apakah dasar itu?

Itulah dia keimanan.

Saya, secara jujurnya, tidak nampak apakah lagi dasar yang lebih utuh daripada dasar ini.

Hanya dengan keimanan sahaja, kita akan berjaya memujuk,

merasionalkan, dan menenangkan diri.

“Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita

(terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.” Surah Ali-Imran ayat 139.




Menangis




Kadangkala, ‘pemujuk’ itu sudah wujud di dalam diri kita. Saya jumpa satu ‘pemujuk’ yang menyeronokkan.

Itulah dia satu makhluk bernama tangisan.

Ya. Menangis. Menangislah. Menangis puas-puas. Lepaskan segalanya.

Hakikatnya, menangis itu sendiri satu pujukan untuk diri. Kita lepaskan bebanan itu dalam bentuk air ibarat membuka empangan yang menahan air.

Tetapi jangan menangis seperti orang biasa. Kita orang beriman adalah manusia luar biasa. Menangislah sambil berfikir. Berfikir akan masalah yang

sedang dihadapi, ujian yang sedang ditanggungi. Jika ada apa-apa masalah yang tersimpan di dalam hati, keluarkan semuanya di dalam tangisan yang sedang mengalir.

Biar kita menangis untuk melapangkan jiwa. Bukan tangis kita tangis yang menambah kelemahan. Di samping air mata yang mengalir itu, ambil peluang ini untuk rasa kerdil di hadapan Allah SWT. Rasakan air mata yang tumpah itu, adalah satu bentuk kerendahan kita betapa kita ini manusia dan tak mampu nak tangani ujian ini. Air mata, itu adalah bukti kelemahan kita di hadapan Allah.

Moga-moga dengan terhapusnya ego kita, Allah mendamaikan jiwa, melapangkan hati, dan memberikan kita ketenangan dan jalan keluar kepada masalah kita.



“…kerana sesungguhnya orang-orang yang diberi ilmu sebelum itu apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka, mereka segera tunduk sujud (dalam keadaan hiba dan khusyuk); Serta mereka menegaskan (dalam sujudnya): Maha Suci Tuhan kami! Sesungguhnya janji Tuhan kami tetap terlaksana. Dan mereka segera tunduk sujud itu sambil menangis,

sedang Al-Quran menambahkan mereka khusyuk.” Surah Al-Israa’ ayat 107-109.

Nanti apabila air mata kita telah berhenti, kita akan rasa satu kelapangan yang besar.

InsyaAllah, ketika itu kita sudah sedikit tenang dan mula kembali menyusun strategi untuk menyelesaikan masalah kita.




Muhasabah




Satu lagi cara memujuk hati adalah dengan muhasabah.

Ya. Dengan kita memandang semula apa yang telah kita lakukan sehingga Allah menguji kita sebegini rupa. Kita lihat kembali apakah yang telah kita lakukan.

“Oh, aku masih tak tinggal dosa yang ni. Patutlah Allah tak bagi aku yang ini”

“Oh, aku silap di sini. Patutlah”

“La, memang salah aku rupanya”

“Hem… benda ni bolah selesaikan macam ni je rupanya. Apa fasal la tak nampak tadi”

Dan begitulah.

Dengan muhasabah, hati akan rasa tenang. Kita akan melihat kembali di mana kesalahan kita. Kita akan dapat menyusun pula rancangan kita yang seterusnya.

Dan orang yang hebat, adalah apabila dia jatuh, dia cepat-cepat naik semula.

Bagaimana dia cepat-cepat naik semula?

Dengan dia mengambil pengajaran atas kejatuhannya = muhasabah.


Penutup: Hadapi masalah. Jangan lari

Justeru pujuklah diri. Kuatkan hati, teguhkan jiwa, tenangkan kalbu.

Jangan lari dari masalah. Hadapinya. Langkahinya. Lari tidak menyelesaikan apa-apa.

Dan kemungkinan besar selepas kita bersemuka dengan ujian itu, penyelesaiannya adalah apa yang selama ini kita hajat-hajatkan. Mungkin selepas kita tabah menghadapinya, kita akan bertemu dengan sesuatu yang kita harapkan.

Siapa tahu.

Tetapi yang saya tahu, Allah tidak akan menciptakan sesuatu itu dengan sia-sia.

Termasuklah ujian.

Mesti ada sesuatu yang Allah hendak berikan, Allah hendak ajarkan, Allah hendak beritahu kepada kita dengan hadirnya ujian itu.

Tinggal kita sahaja tidak memerhatikan.

Maka hadapilah ujian.

Pujuklah diri.

Tenanglah jiwa, damailah hati!

smile always

mencari Kebahagian

suhana pernah minat pada seorang lelaki tak?" tanya kawan saya ketika kami sedang duduk berehat.

"Pernah lah," jawab saya. Agak segan kerana soalan sensitif yang dilontar oleh kawan.

"Kalau kau suka, kau akan buat apa?"

"Aku akan berdoa dalam hati, Allah,aku suka akan dia,jika dia adalah jodohku, maka dekatkanlah dia untukku, jika bukan maka berikanlah yang lebih baik dari itu,"jawab saya.

"Oh..." terdiam seketika kawan saya itu.

Benar, setiap orang pasti pernah jatuh cinta. Namun bagi yang menjaga iman dan diri, pasti dipendamkan dahulu, cuba berusaha dengan cara yang betul untuk meraih cinta tersebut. Berusaha untuk tidak mencemari diri dari melakukan perkara-perkara yang mampu mencalarkan maruah diri dan sebagainya.

Jangan jadi manusia terhegeh-hegeh dan terlalu menguja.


Wanita fitrahnya adalah seperti daun semalu, yang berduri dan bila disentuh tertutup malu. Seperti bunga mawar yang indah namun penuh berduri tajam.

Jangan dihilangkan fitrah itu, kerana cinta anda sanggup mengejar sesuatu yang pasti bukan kepunyaan anda.

Seringkali kerisauan mengenai jodoh menjadi pendorong kepada berlakunya ikatan kemanusiaan jantina yang berbeza yang tiada nilai di sisi agama - bercouple tanpa sah!

Atas alasan takut diri tidak laku,maka jika sesiapa lelaki yang menghulur cinta maka terus diterima tanpa berfikir dengan akal yang waras. Maka ketetapan Allah mengenai jodoh tidak dipeduli kerana kerisauan yang sering menghantui diri.

Sudah dibilang pelihara diri anda, maka peliharalah kerana itu bukan sesuatu yang merugikan. Namun, jika diri sudah terperangkap dengan mainan emosi kerisauan ini, segeralah bermuhasabah.

Ya,benar.. saya akui, jodoh tidak akan bergolek, a perlu dicari. Namun, pencarian anda itu bagaimana caranya? Adakah mengikut syariat atau tidak? Adakah anda yakin pacar anda sekarang pasti meminang anda atau tidak?

Dan akhirnya pasti kalian menjawab, "terserah pada Allah, moga inilah jodohku"..

Nah, akhirnya anda sendiri akur untuk berserah juga akhirnya, tetapi berserah setelah mengikut pencarian yang salah, anda sendiri mampu menafsir apa yang berlaku seterusnya.

Saya tidak menafikan juga bahawa kebahagiaan itu tidak mampu dinilai. Tapi sedarlah wahai sekalian sahabatku, kita sering bermimpi indah selepas perkahwinan, punya anak-anak yang soleh dan sebagainya, tapi hakikatnya kita masih kabur dalam menilai erti perkahwinan itu sendiri.

Seharusnya perkahwinan ini mampu menghasilkan generasi Islam yang lebih mantap, bukan pewaris kepada dosa-dosa yang kalian sudah lakukan sebelumnya.

Tuntasnya, saya mahu mengingat kepada diri serta sahabat sekalian bahawa carilah jodoh anda dengan cara yang paling diredhai oleh Allah.

Berpacaran bukanlah jalan terbaik untuk mengatasi masalah kerisauan anda tentang jodoh. Jika indah akhlak kalian, menjaga peribadi anda, jodoh itu sendiri datang kepada kalian tanpa disedari.

Mahu pasangan yang soleh dan solehah? Andalah yang perlu menjadi soleh atau solehah dulu...

Tidak perlu dicari jodoh itu, tapi mintalah kepada-Nya, kerana hanya DIA yang Maha Mengetahui jodoh terbaik untuk kalian.

Apa yang perlu kalian lakukan sekarang bukanlah menjalin hubungan mesra dengan pacaran tetapi jalinlah hubungan mesra dengan Yang Maha Memiliki!

Jangan sekadar mohon jodoh,namun mohonlah juga keturunan yang baik kerna itu bisa menjadi penyejuk mata dan hatimu.

Ikutlah jalan Islam, pasti bahagia selamanya, insyaAllah!

smile always

terus berusaha menjadi SOLEHAH hingga hujung nyawa~


Aku ingin bergelar solehah
Tetapi menjaga auratku sahaja kini sudah terasa payah
Aku begitu tertarik dengan fesyen dunia
Aku terasa rendah diri bila melihat mereka bergaya
Tetapi mana mungkin auratku terdedah
Kerana aku ingin bergelar solehah...


Aku ingin bergelar solehah
Pergaulanku perlu dijaga
Pertuturanku perlu berpada-pada
Takut pula nanti ada yang menaruh cinta
Aku perlu tabah dan cekal beriman
Kerana aku tentunya ingin bergelar solehah...


Aku ingin bergelar solehah
Dan aku tahu ianya bukan mudah
Tetapi aku yakin dengan janji Allah
Dan aku terus berpegang pada matlamatku
Aku ingin bergelar solehah...

(InsyaAllah... berikanlah kami (semua muslimah di muka bumi) ini kekuatan ya Allah... kami ini lemah... dan teramatlah memerlukan bimbingan yang sewajarnya. Sesungguhnya kami ini fitnah dunia yang boleh merosakkan segala isi alam ini, dan ada juga diantara kami yang bergelar hiasan dunia yg paling indah di bumi boleh menghiasi alam dan kehidupan insan yang bergelar khalifah di muka bumi di dunia dan di akhirat kelak, InsyaAllah... wallahu a'lam)
smile always

perempuan bertudung tak tentu baik??? :)

.Alahai....

Tak Jawab Salah....

Jawab Lak Takut Salah....

Kalu Diam Serba Salah......

Ok...Di Sini Nak Jelaskan Suspek Yg Dijadikan Bahan Undian Ini Ialah Dua Orang Wanita. Sorang Bertudung Dan Sorang Lagi Tak Bertudung...

Kita Jugak Mesti Jelas Bahawa Kedua Dua Suspek Kita Nie..Mempunyai Amalan Yang Sama Dari Sume Segi (Solat,Quran,Zikir,Doa Dll) Kecualinya Sorang Bertudung Dan Sorang Lagi Tak Bertudung.....

Kita Jugak Memang Selalu Mendengar Ayat Ayat Berbunyi Seperti Ini,"Ala..Saya Walaupun Tak Bertudung Tapi Saya Solat Jugak," Dan Macam Nie..,"Emmm Pompuan Bertudung Pun Belum Tentu Baik."

Sebenarnya...Kalu Nak Kasi Jawapan Banyak Laa...Tapi Saya Suka Beri Jawapan Dalam Bentuk Supaya Setiap Orang Bole Berfikir Sendiri....Jadik Tak La Sakit Hati Sangat...kan3? Hehehe..

Mula Mula Kita Main Jawapan Guna Konsep Matematik Dulu Yer...Sebab Sahabat2 Saya Banyak Para Pelajar Dan Orang Terpelajar...Kui..Kui..Kui.. (ye2 jerrr)

1) Sape Baik Bertudung Ke Tidak.....Guna La Formula Di Bawah Kikiki...

Kalu Tak Pakai Tudung Berdosa Ke Tidak?????

Jawapannya = Berdosa

Kalu Berdosa Masuk Dalam Syurga Ker Neraka?????

Jawapannya = Neraka

Kalu Masuk Neraka Orang Buat Baik Ker Buat Jahat????

Jawapannya = Malas La...Kasi Tau, Lu FiKir La SenDiri!!!



Bagus Kita Sambung Belajar Lagi Yer....

2)Pompuan Bertudung Tak Semestinya Baik....Ha..Ha..Ha.. Yang Ni Sambil Nak Pi Solat Tadi Saya Dapat Jawapan. Soalan Cam Ni Kalu Kita Ubah Sifatnya Soalan Ni...Baru La Ramai Orang Nampak Jawapannya...

Contohnya....

Ala Kalu Pakai Tudung Pun Belum Tentu Baik...Lagi Labuh Pakai Pun Belum Tentu Baik Jugak. Kuikuikui...

So Kalu Ubah Sifat Soklan Tu Camni =

Ala Kalu Makan Nasi Pun Belum Tentu Kenyang...Lagi Banyak Makan Pun Belum Tentu Kenyang Jugak. Kuikuikui...

Ramai Betui Yg Makan Nasi Tak Kenyang Kenyang Yer...Yg Hairannya Yang Tak Makan Nasi Tu Lak Bole Kenyang...Ajaib Ajaib...Kuikuikui..

Ok Pelajaran Seterusnya..

3)Saya Pun Solat Jugak......Kih..Kih..Kih..

Allah berfirman, Sesungguhnya Solat Tu Mencegah Fasakh(Penyakit Hati Cam Mengumpat) Dan Mungkar(Dosa Zahir Cam Mencuri)

Jadik Kalau Still Solat Tapi Tak Pakai Tudung.....Ade Masalah La Ngan Solat Tu...Sebab Tak Pakai Tudung Ni Satu Jenis Bentuk Kemungkaran. Tu Ayat Quran Yg Kata Solat Cegah Fasakh Dan Mungkar Tu....

Takpe2 Saya Kasi Lagi Perumpamaan... Sebab Saya Memang Suka Orang Selesaikan Masalah Ngan Berfikir...Pakai Akal Sebab Anugerah Allah Pada Kita Paling Tinggi Akal Laa...Suruh Berfikir...Ahaks...

Ok..Camni Laa..Katakan La...Kat Umah Ade Astro. Satu Hari Tak Dapat Siaran Tapi Jiran Sebelah Molek Ade Jer Siaran Astro. Rumah Kita Jer Tak Dapat Siaran. So Nak Salahkan Sape..???

Nak Salahkan Astro Tak Leh La Sebab Rumah Orang Lain Ok Jer. Jadik Kita Kena Check La Balik Ehwal Kita Sendiri. Piring Astro Kita Senget Ker. Decoder Kita Rosak Ker. Simcard Kita Rosak Ker. Ataupun Paling Worst Skali Kita Tak Bayar Bil Lagi..Kui..Kui..Kui..

Tapi Yang Pasti Sume Salah Ade Kat Kita....Cam Jugak Solat..Kalu Kita Solat Tapi Perkara Mungkar Dan Fasakh Masih Berlaku Kat Diri, Kita So Kita Kena Check Balik Diri Kita Dari Bab Angkat Hadas Lagi.

Kalu Angkat Hadas Tak Betul Wuduk Tak Sah La...Kalu Wuduk Tak Sah Maka Solat Tak Sah...

Kalu Solat Tak Sah Maka Solat Tu Takleh La Cegah Fasakh Dan Mungkar. Termasuk La Bacaan Fatihah Kena Betul Kerna Ia Salah Satu Rukun.Tak Betul Fatihah Solat Pun Tak Sah.

Emmmm Jadik Kita Sume Kena Fikir Laa....Sebenarnya Pada Pandangan Hamba Yang Berdosa Nie...Sume Orang Baik..Tadak Orang Yang Jahat. Yang Jahat Dan Tak Baik Ade Sekor Jer...Setan Namanya.Then Kawannya Nafsu.

Allah berfirman 'Sesungguhnya Syaitan Tu Musuh Yang Nyata Bagi Kamu"

So Musuh Kita Setan Bukan Manusia......Manusia Yang Tak Amal Agama Kita Kena Jumpa Dengan Perasaan Kasih Sayang..Tak Bole Marah Marah, Tak Bole Hantam Hantam.

Kita Bukan Baik Cam Nabi Musa Dan Mereka Bukan Jahat Cam Firaun. Sedangkan Musa A.S Allah Perintah Beri Nasihat Pada Firaun Tapi Dengan Lemah Lembut Sedangkan Musa A.S Nabi Yang Garang Dan Firaun Mmg Dah Melampau Sesangat.

Mungkin Kita Yang Bertudung Dan Berseluar Panjang Hari Ni Kerna Mak Ayah Kita Dinasihati Oleh Orang Yang Baik Hati Dulu.

"WAHAI ALLAH AMPUNI LA UMAT INI DAN HAMBA YG BERDOSA INI KERNA KETIDAK UPAYAAN HAMBA MENGAJAK KEPADA KEBAIKAN DENGAN HIKMAH."
smile always