"siapa yang Allah mahukan kebaikan padanya, nescaya Allah memberikan kefahaman agama kepadanya."(riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Monday, December 19, 2011

IMPRESSED

Assalammualaikum. I want to show you a video that I've never seen it before. I mean, I've never seen a such sweet man proposed to his lovely finance to become his future wife with such a LOVELY way. You'll be impressed when you watch it ;)
before you watch it, please stop the music player at bottom of my blog ;)



ps/: hopefully it will happen in my life, InsyaAllah :D 

smile always

Sunday, December 18, 2011

soalan buat kaum HAWA

Satu Soalan Buat Hawa.

Pandang kanan, awek shawl merah jambu ala-ala yuna. baju sendat. vogue.

Pusing kiri, awek shawl kelabu bak hana tajima. tengkuk terdedah. gorgeous.

Tengok depan, awek legging rambut rebonding paras belikat. baju lengan pendek. stylo.

Toleh belakang, awek skinny dengan blouse labuh tutup punggung. tak bertudung. heels 4 inci. WOW.

***

Satu soalan buat hawa, memang itu ke yang korang nak? berfesyen tanpa meletakkan agama di depan? fesyen didahulukan, agama dikemudiankan?

Satu soalan buat hawa, selesa ke dengan penampilan sebegitu? menjadi perhatian kaum lelaki yang sememangnya mata keranjang? segenap tubuh diratah mata manusia?

Satu soalan buat hawa, apa tujuan korang berpakaian sedemikian? mahu tampak gah di kalangan teman-teman? sentiasa di atas? lepas tu apa? riak? takbur? bangga?

Satu soalan buat hawa, adakah dengan berbaju kurung bertudung litup korang akan dianggap kuno? adakah dengan fesyen lilit-lilit shawl akan jadikan seorang yang up-to-date? nahh~

Satu soalan buat hawa, adakah dengan berpakaian sopan akan menjejaskan kecantikan korang? akan menjadikan korang hodoh? nampak kecundang dalam dunia moden?

Satu soalan buat hawa, kalian berfesyen untuk kepuasan sendiri bukan? tapi pernahkah kalian sedar bahawa diri kalian takkan pernah puas?



Baca ni:

Satu jawapan dari adam, seorang perempuan yang tertutup sempurna auratnya lebih bernilai di mata lelaki untuk dijadikan teman seumur hidup.

Satu jawapan dari adam, kecantikan seorang wanita yang menjaga auratnya dari dipandang lelaki yang bukan halal baginya adalah lebih mahal dari dunia dan segala isinya.

Satu jawapan dari adam, kecantikan si berbaju kurung yang bertudung takkan dapat ditandingi oleh yang lain. cantik, cun, ayu, dan sopan. apa lagi yang kalian nak?

Islam membenarkan fesyen tapi islam jugak melarang tabarruj. Allah tak suka mereka yang berlebih-lebihan. tahu? jadi bersederhanalah!~

"Sepantas mana pun kau lari untuk mengejar kepuasan dirimu, kau takkan pernah dapat mencapainya kerana kepuasanmu yang sebenar berada diantara kamu dengan penciptamu, ALLAH SWT..

smile always

Sunday, December 11, 2011

sabar



"Ya Allah.. berilah taufiq dan hidayah kepada hamba mu ini.. berilah hamba kekuatan untuk lalui semua ranjau dan onak duri untuk hamba terus kan penghijrahani ini.. Amin Ya Robal Alamin"


smile always

berubah kearah yg lebih baik! Mujahadah itu pahit kerana syurga itu indah~

♥ Aku tidak baik, tapi aku akan berusaha untuk jadi yang terbaik,
♥ Aku tidak selalu benar, tapi aku mencuba untuk memperbaiki setiap kesilapan,
♥ Aku tdak pandai, tapi aku berusaha untuk jadi seorang yang berjaya nanti,
♥ Aku tidak dapat mengembirakanmu, tapi...........



~ aku akan terus dan terus berusaha ~
                                                                                                                    

smile always

Saturday, December 10, 2011

Fakta menakjubkan mengenai wudhu

Assalammualaikum !
the name of Allah the Most Gracious, Most Merciful..


today, sy nk kongci sdikit tentang ape yg sya baca... tentang keajaiban wudhu nie! ^_^
selamat membaca :)


Memeluk Islam Kerana Mengkaji Wudhu
Prof Leopold Werner von Ehrenfels, seorang psikiater dan sekaligus neurology dari Austria, menemui sesuatu yang menakjubkan terhadap wudhu. Ia mengemukakan satu fakta yang sangat mengejutkan.
Bahawa pusat-pusat saraf yang paling peka dari tubuh manusia ternyata berada di sebelah dahi, tangan, dan kaki.
Pusat-pusat saraf tersebut sangat sensitif terhadap air segar. Dari sini ia menemui hikmah di sebalik wudhu yang membasuh pusat-pusat saraf tersebut. Malah ia mencadangkan agar wudhu bukan hanya milik dan kebiasaan umat Islam, tetapi untuk umat manusia secara keseluruhan.
Dengan sentiasa membasuh air segar pada pusat-pusat saraf tersebut, maka bererti orang akan memelihara kesihatan dan keselarasan pusat sarafnya. Pada akhirnya Leopold memeluk agama Islam dan mengganti nama menjadi Baron Omar Rolf Ehrenfels.
Hikmah Wudhu
Ulama Fekah juga menjelaskan hikmah wudhu sebagai bahagian dari usaha untuk memelihara kebersihan fizikal dan rohani. Anggota badan yang dibasuh dalam air wudhu, seperti tangan, kawasan muka termasuk mulut, dan kaki memang paling banyak bersentuhan dengan benda-benda asing termasuk kotoran. Kerana itu, wajar kalau anggota badan itu yang harus dibasuh.
Ulama tasawuf menjelaskan hikmah wudhu dengan menjelaskan bahawa anggota badan yang dibasuh air wudhu memang daerah yang paling sering berdosa. Kita tidak tahu apa yang pernah diraba, dipegang, dan dilakukan tangan kita. Banyak pancaindera tersimpul di bagian muka.
Berapa orang yang jadi korban setiap hari dari mulut kita, berapa kali berbohong, memaki, dan membicarakan aib orang lain. Apa saja yang dimakan dan diminum. Apa saja yang baru diintip mata ini, apa yang didengar oleh telinga ini, dan apa saja yang baru dicium hidung ini? Ke mana sahaja kaki ini berjalan setiap hari?
Tegasnya, anggota badan yang dibasuh dalam wudhu ialah anggota yang paling berisiko untuk melakukan dosa.
Organ tubuh yang menjadi anggota wudhu disebutkan dalam ayat al-Maidah [5]:6, adalah wajah, tangan sehingga siku, dan kaki sehingga hujung kaki.
Dalam hadis riwayat Muslim juga dijelaskan bahawa, air wudhu mampu mengalirkan dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh mata, hidung, telinga, tangan, dan kakinya, sehingga yang berkaitan bersih dari dosa.
Kalangan ulama melarang mengeringkan air wudhu dengan kain kerana dalam redaksi hadis itu dikatakan bahawa proses pembersihan itu sampai titisan terakhir dari air wudhu itu (ma’a akhir qathr al-ma’).
Wudhu dalam Islam masuk di dalam Bab al-Thaharah (penyucian rohani), seperti halnya tayammum, syarth, dan mandi junub. Tidak disebutkan Bab al-Nadhafah (pembersihan secara fisik). Rasulullah SAW selalu berusaha mempertahankan keabsahan wudhunya.
Yang paling penting dari wudhu ialah kekuatan simboliknya, yakni memberikan rasa percaya diri sebagai orang yang ‘bersih’ dan setiap waktu dapat menjalankan ketaatannya kepada Tuhan, seperti mendirikan solat, menyentuh atau membaca mushaf Al-Quran.
Wudhu sendiri akan menghalang diri untuk menghindari apa yang secara spiritual merosak citra wudhu. Dosa dan kemaksiatan berkontradiksi dengan wudhu.
Cara Wudhuk Rasulullah S.a.w
Dari Abdullah bin Zaid bin Aasim al-Ansariy r.a, beliau telah ditanya: “Tunjukkan kepada kami cara Rasulullah S.A.W berwuduk.. Maka beliau pun meminta sebekas air, lalu menuang sedikit air ke atas tapak tangan dan membasuhnya sebanyak tiga kali. Kemudian beliau memasukkan tangan ke dalam bekas untuk mencedok air dengan tangannya dan berkumur-kumur serta memasukkan air ke dalam hidung dengan air yang sama sebanyak tiga kali. Kemudian beliau mencedok air sekali lagi lalu membasuh muka sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau mencedok lagi dengan tangannya lalu membasuh tangan hingga ke paras siku dua kali. Kemudian beliau mencedok lagi lalu menyapu kepala dalam keadaan menyapu tangannya dari arah depan kepala ke arah belakang dan menyapu tangannya kembali ke arah depan kepala, kemudian beliau membasuh kedua kakinya hingga ke paras buku lali. Selepas itu beliau berkata: Beginilah cara Rasulullah s.a.w mengambil wuduk .”
(Muslim )
Huraian
Wudhuk yang sempurna akan mendapat kekhusyukan dalam sembahyang. Sembahyang yang dimaksudkan ialah sembahyang yang mampu menegah seseorang itu daripada melakukan kerja-kerja yang keji dan mungkar kerana wudhuk itu bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran najis dan hadas sedangkan sembahyang pula dapat membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah kerana sembahyang adalah merupakan kafarat (memadamkan) dosa-dosa yang telah lalu, selagi seseorang itu tidak melakukan dosa-dosa besar.
                                                                                                                    
Wallahu’alam….


                                                                                                                                                   
smile always

Monday, December 5, 2011

Salam Maal Hijrah

Assalammualaikum w.b.t... syukur kepada Allah kerana bisa mengupdate belog ini! alhamdulillah. kepada blog ku, sorry sesangat sangat sebab lama tak mengupdate. baru harini berkesempatan nk mengUPDATE. yalah, tak ade mase nk menghadap komputer lama lama sebab busy dengan study. Okay, mari kita mulakan cerita.. cerita mengenai HIJRAH. sebelum itu, sya rasa masih tidak terlambat untuk sya mengucapkan SALAM MAAL HiJRAH ya buat semua! :) tutup buku lama maghi lerh buka buku baru! upgrade iman!


okay, mengenai hijrah..ape yang readers tahu mengenai hijrah?? haaa, betoi! ape yang readers katakan itu semuanya betoi belaka.. pandai! ^_^.  Dari sudut bahasa hijrah iaitu perpindahan mengenai perpindahan kekasih Allah, Nabi Muhammad S.AW yg kita cintai dari kota mekah ke kota madinah.(selawat atas baginda, dapat pahala taw) atau dari sudut istilah pula, hijrah adalah meninggalkan sesuatu yang dilarang. Dalam makna yang lebih luas, hijrah difahami sebagai perpindahan dari suatu 
keadaan tidak baik kepada keadaan yang lebih baik. Contohnya, meninggalkan 
ajaran bertentangan dengan Islam dan kembali kepada ajaran Islam sebenar. itulah maksud hijrah pada pengetahuan sya.sesuai dengan sabda Rasulullah daripada Abdullah bin Habsyi diriwatkan oleh Abu Daud, dimana Rasulullah bersabda “Orang yang berhijrah ialah orang yang 
meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah.” - (Hadis Riwayat Abu Daud). 
Melalui pengalaman sya, sya berusaha menghijrahkan diri sya untuk menjadi yang lebih baik dari sebelumnya. alhamdulillah, penghijrahan sya daripada kejahilan sya sebelum ini dipermudahkan oleh Allah. Insyaallah, jika kita benar-benar dan ikhlas untuk berhijrah untuk lebih beriman dan mendekatiNya, Allah akan tolong kita dengan mendekatkan kita dengan orang-orang yang baik yg dapat mendorong penhijrahan kita. sehingga disini saja ya, nk dekat maghrib ni, nanti malam sya sambung..insyaAllah! :) assalammualaikum.

tettt, kembali balik bersame sya :) lama ka readers tunggu? eh, ade ke readers kat my blog ni? takpa lah kalau tkda :) asalkan sya dah kongsi pelbagai ilmu Allah kpd semua! isnyaAllah.. okay berbalik pd story tadi.. adakah anda sudah berhijrah? adakah anda bersedia utknya? untuk diri anda sndiri, bukan utk sesiapa..
kalau yg sudah pasang niat utk baik dari tahun sebelumnya, alhamdulillah, sya doakan kalian terus istiqomah!!
jadilah orang yg lebih baik dari sebelumnya.. ingat, Allah itu sangat MAHA PENYANYANG!
dan ingat lah, sya ni bukan yg alim sangat.. sya mcm hamba Allah lain jugak masih mencari-mencari jalan yg dapat mendekatiNya, masih terpingga pingga dalam mencari ilmuNya..


 Abu Hurairah r.a berkata

" Setiap kali datangnya tahun baru membuat aku risau dan resah kerana semakin singkat umurku, semakin dekat ajalku, semakin tipisnya waktu pengampunan Allah terhadapku, semakin dekatnya hari penghitunganku... "



Di awal tahun baru hijrah,
Ku sujud menghambakan diri pada-Mu,
Hati terus merintih mengenangkan dosa lalu,
Kotornya diri dengan maksiat dan noda,
Lemahnya jiwa berdepan dengan dunia,
Lalainya diri dari mengingati-Nya,
Astaghfirullahal 'adzim....
Banyaknya kekurangan diri,
Ampuni hamba-Mu ini Ya Allah.
Aku sedar,
Jiwa yang tandus taqwa,
Terdorong lakukan apa sahaja,
Sanggup menentang arus kehendak Ilahi,
Yang difikir hanyalah untuk kepuasan diri,
Maka, pabila dosa telah larut,
Gelaplah hati, kotorlah jiwa, murunglah diri,
Itulah fitrah sang pendosa,
Yang leka dari pencipta-Nya.
Namun, bila iman hadir di jiwa,
Mata hati mula bekerja,
Baru kusedar, betapa diri jauh dari-Mu Tuhan,
Asyik sibuk untuk dunia,
Hinggakan solat sering kutunda,
Al-Quran pun malas dibaca,
Lidahku kotor dengan kata-kata dusta,
Mata ini tak kujaga dari perkara dosa,
Telinga ini mendengar apa yang tak sepatutnya,
Kaki ini sering melangkah ke tempat lagha.
Ya Allah,
Jauh sekali diriku dengan peribadi kekasih-Mu,
Kau teladan terbaik bagi seluruh umat,
Ingin sekali aku mencontohi peribadimu, Rasulullah
Meskipun dirimu suci tanpa dosa,
Solat malam tidak pernah kau lupa,
Munajatmu di tengah malam jadi rutin harian,
Pengharapanmu pada Tuhan terlalu tinggi,
Sedang aku???
Seorang hamba yang penuh dosa....
Solat fardhu pun kurang dijaga,
Apatah lagi solat malam sepertimu, Ya Nabiyullah.

Sungguh,
Aku ingin berubah,
Menjadi seorang hamba-Mu yang taat,
Aku takut akan azab kubur,
Aku gerun dengan dahsyatnya neraka-Mu,
Dan kurindukan nikmat syurga.
Jadi,
Kupohon padaMu wahai Tuhan,
Campakkan ke dalam hati ini niat yang tulus,
Ingin sekali aku berdiri di hadapan-Mu dengan jiwa yang tunduk,
Ingin sekali aku rukuk pada-Mu dengan hati yang pasrah,
Dan ingin sekali ku sujud ke hadhrat-Mu dengan punuh kehambaan,
Ya Rahim,
Sucikan hatiku dari sifat munafik,
Sucikan amalku daripada riyak,
Sucikan lidahku daripada dusta dan mataku dari khianat,
Jadikanlah diriku seorang anak yang solehah,
Yang bisa mendamaikan hati Ummi dan Abiku,
Jadikanlah diriku seorang mukminat solehah,
Kerna mukminat solehah itu lebih cantik dari bidadari syurga.
Dan...
Kurniakan aku kesabaran untuk menunaikan ketaatan pada-Mu,
Anugerahkan aku kesabaran dalam meninggalkan maksiat pada-Mu,
Jadikanlah hati ini hati yang sentiasa mengingati-Mu,
Agar dapat ku miliki sekeping hati yang tenang,
Jauh dari hasad dengki dan kepalsuan dunia,
Hadirkanlah cintaku kepada-Mu mengatasi segalanya,
Agar Kau temukan hati yang terbaik buat diriku.
Moga dapat kukecapi, kebahagiaan yang hakiki,
Suatu hari nanti...
Amin....




BERUKHWAHLAH KERANA ALLAH SWT..
Nescaya akan lahir PERSAHABATAN yang TULUS...
Yang dengannya akan saling BERKONGSI KENIKMATAN...
Yang dengannya akan saling MENDOKONG KESULITAN...
Yang dengannya akan saling MENASIHATI kepada KEBAIKAN...
Yang dengannya akan saling MELENGKAPI tiap-tiap KEKURANGAN dengan KELEBIHAN yang dimiliki...
DEMI MENDAMBAKAN REDHA ILAHI...

InsyaALLAH.

P/s: Kalau ada salah dan silap sila tegur ya.

                                                                                                 






                                                                                                                         
smile always

Sunday, December 4, 2011

testing2

Assalammualaikum..sorry lah erk kalau belog ini serabut.. dalam proses pembikinan



                                                                             

smile always

Friday, October 28, 2011

loading...

i'm on my way to update my blog with full of useful guide about the beautiful of islam to everybody.. hopefully it will benefit the entire :)
smile always

Saturday, October 22, 2011

I LOVE YOU

I LOVE YOU ALLAH...
FROM NOW AND FOREVER...
I ONLY HAD YOU,
I'M GLAD TO HAVE YOU
THAT YOU'LL NEVER LEAVE ME..
IF I LOVE SOMEONE ONEDAY,
PLEASE DO NOT MAKE MY LOVE TO YOU LESS,
I RATHER TO LOSS SOMEONE'S LOVE THAN YOURS(ALLAH S.W.T)
SUBHANALLAH! :)

p/s: I'M HAPPY TODAY! :) THANK YOU ALLAH... :))
smile always

Tuesday, October 4, 2011

Dalam Mihrab Cinta!

Assalammualaikum.. disini sya mahu share lagu OST Dalam Mihrab Cinta by Dude Herlino dan Asmirandah.. WAhh!! lagunya bagus sekali!! aku suka!! ^_^ Aku adalah peminat penulis buku islamic novel yang tersohor dari indonesia iaitu Habiburahman El Shirazy penulis Ayat ayat cinta(kegemaranku!),ketika Cinta Bertasbih(FEVERETKU!), dan Dalam Mihrab Cinta( dalam perjalanan cari novelnya!^_^)dan banyak lagi buku2 islamic yang mengandungi pelbagai ilmu pengetahuan agama..semua ceritanya sangat menarik+Absolutely best sangat2.. Dalam Mihrab Cinta ni hero die dude herlino salah satu perlakon dari indonesia yang kuminati... ~_~ Selamat Nonton!!



smile always

Friday, September 23, 2011

solehah :)

Sebuah program keagamaan yang kuminati.. Terasa rendah diri apabila melihat wanita wanita yang Solehah dalam program ini... InsyaAllah, aku dalam perjalanan mencintai Allah dan Rasul lebih dari segalanya dan meningkatkan ilmu agamaku. Aku ingin menjadi seperti mereka suatu hari nanti..InsyaAllah dengan izinNya..

Sesiapa yang Allah menginginkan kebaikan keatas dirinya,
maka Allah akan permuadahkan ilmu agamanya.. ^_^


smile always

Sunday, September 18, 2011

Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang

˙·٠☆•♥ Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.

˙·٠☆•♥ Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu..
smile always

Wajahnya bukan aurat tetapi ada kalanya ia menjadi aurat.

Wajahnya bukan aurat tetapi ada kalanya ia menjadi aurat.

Wajahnya bukan aurat tetapi ada kalanya ia menjadi aurat
Dalam mazhab syafie ada khilafnya berdasarkan ayat ke-30 dalam surah an-Nur.

Allah melarang wanita beriman menunjukkan perhiasannya, kecuali apa yang telah zahir daripadanya.

Ulama Syafie berpendapat makna "apa yang zahir daripadanya" adalah muka dan tapak tangan, tetapi bagi wajah yang boleh mengundang fitnah, ia tetap menjadi aurat.

Wanita yang khuatir wajahnya boleh melalaikan lelaki yang memandangnya pasti akan menganggapnya sebagai aurat, lalu mengenakan purdah pada wajahnya.

Mungkin berat bagi wanita bergelar remaja untuk mengamalkannya, tapi cukuplah dengan tidak terlalu menonjolkan diri mereka di hadapan ajnabi atau tidak menjadikan wajah mereka sebagai paparan umum seperti friendster, facebook dan lain-lain.
smile always

PENGHIJRAHANKU❤

✿..PENGHIJRAHANKU..✿

¸.•✿´¯) Bilamana aku BERUBAH, dari sejarah kehidupan yang kelam kepada peribadi hari ini yang cerah, janganlah kalian berasa pelik dan ragu-ragu dengan penghijrahanku. Jika dirimu masih tidak mampu mempercayaiku, cukuplah Allah sebagai saksi. Yang menghitungku, bukan kamu, dan bukan aku. Tetapi Allah..

¸.•✿´¯) Moga amalanku sebagai MUJAHIDAH yang banyak kekurangannya ini diterima Allah dan dilaksanakan dengan ikhlas, jauh dari pakaian para MUNAFIQ dan RIAK..

¸.•✿´¯) Akulah hamba, yang faqir dalam beramal. Tetapi kaya dengan dosa yang tidak terhitung. Terimalah aku ya Rabb..kurniakan aku jiwa yang ampuh IMANnya. REDHAMu adalah IMPIANku..

Sunnah Pejuang..

p/s : jika dirimu masih tidak mampu mempercayaiku, cukuplah ALLAH sebagai SAKSI. Yang menghitungku, bukan kamu, dan bukan aku. Tetapi Allah..❤

"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh-tubuh kamu dan tidak melihat kepada rupa-rupa kamu, tetapi Dia melihat kepada hati-hati dan amal-amal kamu" Riwayat Muslim :)
smile always

Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah

Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (ikutilah Muhammad saw.), niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. (Ali Imran: 31)

Tali iman yang paling kuat adalah cinta karena Allah dan benci karena Allah.” (HR. At Tirmidzi)
smile always

Saturday, September 17, 2011

"insyaAllah".♥♥♥

when i first saw you,i was like "masyaAllah",then i said "insyaAllah".♥♥♥

p/s~i absolutely love this!♥
smile always

anda bijak jauhi couple

I set you free. Because Allah ask me to do so.
You are not HALAL for me. And I am not sure that you are really the one for me.
Just pray. If we really meant to be together, it will be. InsyaAllah :)

p/s~anda bijak jauhi couple.
smile always

Friday, September 16, 2011

Ya للّهُ" T_T

Ya للّهُ",jika aku jatuh cinta,cintakanlah aku pada sseorang yg melabuhkan cintanya pada-Mu,agar bertambah kekuatan ku utk mencintai-Mu.Ya Muhaimin,jika aku jatuh cinta,jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu Ya للّهُ",jika aku jatuh hati,izinkanlah aku menyentuh hati sseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,agar tidak terjatuh aku dlm jurang cinta semu.Ya Rabbana,jika aku jatuh hati,jagalah hatiku padanya agar tak berpaling dari hati-Mu.
smile always

bismillah...

DGN NAMA ALLAAH SWT.,
Rasakanlah kerendahan saat engkau ruku' di dalam solat. Karena engkau meletakan jiwamu pada asalnya, yakni tanah, mengembalikan cabang ke pokoknya, dengan cara bersujud ke tanah yang darinya engkau diciptakan.
smile always

Monday, September 12, 2011

kepadamu(mu tu tkda sape2 pn..ayat ini hanya untuk mengSHARE share je ^_^)

biarlah aku ,
Bersikap tegas padamu ,
Biarlah aku seolah acuh tak acuh memperhatikanmu ,
Biarkan aku bersikap dingin terhadapmu ,
Tidak mengapa kau tidak menyukai diriku ,
Bahkan membenciku sekali pun tidak ada masalah bagiku .
Kerana aku akan lebih selesa dengan semua itu .
smile always

terjumpa ayat ni kat fb.. ^_^

Maafkan aku kerana secara trg-trngn aku menolak cintamu . . Bukan ku tak mahu , cuma diriku ingin lebih memikirkan tntg perhbngnku dgn Ya Rabb . . Aku lebih rela kehlngan cintamu daripada aku kehilangan cinta Tuhanku . . ku doakan agar kau ttp beristiqamah dijalanNya . . smoga kau berjaya dgn cita2mu . . aku akn sentiasa menyokongmu . . sebelum tibanya wktu Allah mengizinknmu melafazkannya , lupakan diriku . . dan aku juga akn melupakn dirimu . . terima kasih kerana sudi mengenali diriku .
smile always

Saturday, August 27, 2011

ketika cinta bertasbih






kenangan ku bersama Ketika Cinta Bertasbih... jujur ku katakan filem ni sangat menusuk kalbu ku.. cewah! haha.. cite ni memang best!!! siape yang tgk cite ni, memang menginginkan seorang lelaki seperti mas Azzam... Anna Althafunnisa dan Abdullah Khairul Azzam dipertemukan di station bus di cairo... mereka berdua sama2 belajar di universiti AL AZHAR dimana tempat yang ku idamkan! :)
pertemuan cinta mereka sangat lah sweet!!! ketika sahabatnya Azzam memberitahu kan kepada azzam, bahawa dia lulus examnya, aku teruja melihat Hamba Allah yang sangat bersyukur seperti itu sekali.. aku sangat bersyukur,ketika cikgu Jurina atau guru kelas ku@guru sejarahku memberitahu ku sesuatu.Aku hanya dapat mengucapkan Alhamdulillah tk terhingga dan semalam aku berpeluang bersalamnan denganya dan dia memberitahu ku sesuatu lagi, YA Allah! kau tidak putus2 memberikan ku nikmat T_T, apakah ini ujian untuk ku ya Allah? aku merasakan malu kepadamu, nikamatMu tidak ptus2 berkunjung, tetapi aku masih meningkatkan pertalian untuk mendekatkan kepadaMu dan masih meraba raba dalam mencari ilmu agamaMu.. insyaAllah.
smile always

cara mudah mencari muka surat dlm Quran

cara mudah mencari muka surat dlm Quran..!!!
Mari Kita Cuba....!
Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap hu...ruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al_Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)

Tips yg nk kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran.

Jom sama2 kita belajar...

Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442
Subhanallah, memang menakjubkan kan kawan2. Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala...
smile always

selamat HARI RAYA

‎~ daripada admin untuk kalian semua ~

Satukan tangan, satukan hati,
Itulah indahnya silaturrahmi,
Di Hari kemenangan Kita padukan,
Keikhlasan untuk saling memaafkan,
Selamat Hari Raya Aidil Fitri,
Mohon Maaf Zahir & Batin.

Selamat Menyambut Lebaran,
Semoga Ramadhan ini memberi keberkatan dan rahmat InsyaAllah…
Semoga Syawal ini memberi kegembiraan InsyaAllah…
Moga menjadi manusia yang soleh/solehah InsyaAllah…
Hati-hati bila pulang ke kampung…InsyaAllah…
Ingatlah Allah selalu…
Jaga diri dan
Hiasi peribadi InsyaAllah…(✿◠‿◠)
smile always

keseronokkan atau keletihan?

★ Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal.

★ Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal.

(Saidina Ali bin Abi Thalib)


smile always

Sunday, August 21, 2011

kesan Ramadhan!

Salah satu hikmah diwajibkan berpuasa adalah untuk meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah. Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Baqarah ayat 183 :Maksudnya: " Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa " .

Berdasarkan Firman Allah ini, jelaslah kepada kita bahawa kesan puasa bagi orang yang beriman ialah bertambah ketaqwaan kepada Allah. Justeru, setelah hampir sebulan kita berpuasa, apakah kita merasai taqwa kita bertambah atau berkurang?.

Apakah jiwa kita semakin bersemangat membanyakkan amal ibadah atau jiwa kita semakin lalai dan meringankan ibadah?

Apakah pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan ini, kita semakin banyak membaca al-Quran, banyak bersedekah, beriktikaf, banyak berzikir dan beristiqfar ? Ataupun pada sepuluh hari terakhir Ramadan ini, kita habiskan masa dengan membeli-belah, membuat persiapan hari raya yang berlebihan, meninggalkan sembahyang terawih, kurang membaca al-Quran dan berbual-bual kosong sehingga melupakan kelebihan di akhir Ramadhan?.

Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (Agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.
(Surah Muhammad 47: Ayat ke 7)
smile always

calon jauzahKu

Dlm jiwa jika ada rasa yg disampaikan ke akal, ttg bayang seseorang, lalu menjelma menjadi Impian &terucap dlm lisan, serta doa² pNJg serta kaki,tangan,& anggota tubuh lain bergerak bekerja dlm nama Ikhtiar itu smua demi satu kata ini CINTA ==
cinta itu hrs d'BANGUN diatas takwa
cinta itu hrs d'BINGKAI dlm syariat
cinta itu hrs d'JAGA kesuciannya

Maka biarlah Allah yang Menutup episode kisah kita Menitip ❤ kita padanya..

smile always

Friday, August 19, 2011

Jika Lailatul Qadar Milikku!!!

Jika Lailatul Qadar Milikku,

Ku Sujud Syukur Di hadapan Tuhanku,

Menangis Memohon Kehidupan Indah Buatku,

Agar Menjadi Hamba Allah Yang Setia Selalu,




Jika Ramadhan Ini Terakhir Buatku,

Maka Selayaknya Aku Merendah Diri Pada Kholiqku,

Pada-Nya Ku Merintih Mengadu Tanpa Malu,

Agar Husnul Khatimah Di Akhir Hidupku.



Apakah Yang Aku Mahu Pada Saat Malam Seperti Itu,

Tiada lain Melainkan Buktikan Kehambaanku Pada Penciptaku,

Menyemai Perasaan Bertuhan Di Sejadah Solatku,

Memohon Munajat Sepuas Hatiku.



Kebaikan Seribu Bulan Yang Dianugerahkan Itu,

Umpama Amalan Rahmat Memenuhi Ruangan Qalbu,

Sudah Ku Dambakan Bertahun-Tahun Yang Lalu,

Mana Mungkin Akan Ku Sia-Siakan Ia Berlalu Sayu.



Ya Allah, Kurniakan Aku Malam Rahmat Penuh Barakah Itu,

Biar Aku Tenang Sampai Masuknya Waktu Subuh Berlalu,

Bersama Hembusan Rahmat Kasih Sayang Melalui Malaikat-Mu,

Menyentuh Jawarihku Yang Kian Merindu...
smile always

Monday, August 15, 2011

Kasih SYG Allah

Dekatknla diri kita dgn pencipta kita y menguasai seluruh alam,y memegang hati2 kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah y dihadapi. Mgkn ad y ase diri x kuat hndk hadapiny ttpi cubalah bangun! Usah tewas dgn hasutan syaitan, cari kmbali kekuatan kita krna kekuatan 2 ad dlm diri kita masing2. Yakin dgn diri, kuatkan azam & cita2. Usah tonjolkan kelemahan kita pd syaitan krna syaitan x pnah bhenti mnghasut agar kita lemah-selemahny...

semoge sahabat2 ana y tercinta♥..kuat menghadapi kesulitan y menimpe...allah syg kamu♥♥...krna 2 allah turunkn ujian nie...bersyukur krna allah syg kamu...bersedih hatila jika allah x menurunkn ujian pada kamu...brmkne allah x syg kamu..

smile always

Thursday, July 21, 2011

?..??

Aku tidak tahu mengapa aku merasa kelainan dan luarbiasa rrasa apabila melihat. Apakah ini rasa yang luarbiasa? Astafirullah.. jauhkan aku dari segala dosa2 ya Allah dan dari segala Bahaya T_T
hanyaMu yang mengetahui apa yang aku rasa ya Allah dan MAHA mengetahui dari segala sesuatu.. aku mohon pelindungMU ya Allah, Hasbunallah Wanikmal Wakil(cukuplah Allah sebagai pelindungku)!
sesungguhnya Allah lah sebaik baik pelindung........
smile always

Tuesday, July 12, 2011

selamat membaca

"Aku terima nikahnya Fatimah Az-Zahrah binti Mohamad Nasir dengan mas kahwin RM80.00 tunai".

Dengan sekali lafaz, aku kini sah bergelar isteri. Lidahku kelu tidak mampu berkata apa-apa. Perasaanku bercampur baur. Pipiku terasa hangat dan basah. Aku tidak pasti mengapa air mataku jatuh sedangkan aku sepatutnya gembira dengan pernikahan ini.

Abdul Rahman bin Abdullah, itu lah nama jejaka yang kini telah sah menjadi suamiku. Dialah yang akan menjadi teraju masjid yang telah kami bina. Orangnya tinggi, kulitnya agak cerah, matanya bersinar, wajahnya seakan-akan bercahaya. Mukanya tidaklah persis Orlando Bloom yang dinobatkan menjadi "hot papa", mahupun Kim Hyun Joong yang menjadi kegilaan ramai gadis. Dia tidaklah terlalu kacak, tetapi sedap mata memandang.

Dirinya memang selalu menjadi buah mulut orang. Apakan tidak, sudahlah mukanya manis di pandang, di tambah pula dengan sikapnya yang zuhud. Ya, dia seorang yang taat kepada Maha Pencipta, Tuhan Sekalian Alam. Selepas sahaja dia melafazkan akad, dia terus lakukan sujud syukur. Sungguh. Dia memang menjadi idaman siapa sahaja yang melihatnya. Aku juga aneh kenapa dia memilih aku? Sedangkan dia begitu baik, begitu alim, begitu sempurna..

Hingga detik ini aku masih belum mendapat jawapannya. Kenapa aku yang dipilihnya? Aku bukanlah baik mana. Kalau diikutkan, di luar sana, masih ada berjuta wanita yang boleh dipilihnya. Masih ramai lagi yang lebih baik daripadaku. Tapi, kenapa aku? Pakai tudung pun masih tidak pecus lagi. Kerap kali pemakaian tudung ku masih tidak mengikut saranan agama.

"Alhamdulillah. Sekarang, kita sah menjadi suami isteri. Abang harap, dengan penyatuan kita, dapatlah kita sama-sama berjuang ke jalan Allah", ujar suamiku menghentikan lamunanku sebentar tadi.

Di pandangnya wajahku, kemudian di lapnya benih-benih jernih yang keluar dari kelopak mataku. Selepas disarungkan cincin ke jari manisku, kusalam tangannya. Dia kemudiannya mencium dahiku. Entah kenapa pada waktu itu aku terasa tenang. Aku dapat rasakan keselamatan yang selama ini tidak pernah kurasakan dengan mana-mana lelaki lain. Aku tidak mampu berkata apa-apa. Air mataku tetap laju merembes keluar dari hujung pagar kelopakku.

"Alhamdulillah, anak mak sudah jadi isteri orang sekarang ni. Jadi isteri ni, tak mudah. Tapi, banyak ganjarannya. Lepas ni, kamu kena duduk dengan suami, jaga makan minum suami. Pesan mak jangan lupa, ya nak. Kata suami jangan ingkar", pesan ibuku sebelum aku pergi mengikut suamiku pulang ke rumah baru kami.

***

"Zahrah, dari tadi Abang tengok Zahrah diam je. Kenapa? Zahrah tak sedap badan ke?" tanya suamiku memecahkan kesunyian yang tercipta di antara kami.

Aku masih tidak mampu untuk berkata apa-apa. Ku gelengkan sahaja kepalaku menunjukkan kepadanya bahawa aku tidak apa-apa. Namun, dia terus ajukan soalan kepadaku,"Dah tu, kenapa Zahrah diam? Zahrah rindu mak ye?"

Usikannya langsung tidak mendapat respon daripadaku. Aku masih duduk kaku di sofa ruang tamu rumah kami.

Alhamdulillah. Biarpun, rumah kami tidaklah besar mana tapi cukup dengan kelengkapan rumah. Set sofa, televisyen, peti sejuk, semuanya sudah lengkap tersedia. Suamiku memang benar-benar bijak merancang sebelum berkahwin. Dilengkapi dulu segalanya sebelum dia masuk merisik si gadis sunti.

Perlakuanku yang dari tadi diam membisu ibarat seorang anak kecil yang baru lepas dimarahi menyebabkan si dia mengambil keputusan untuk mendekatiku justeru terus mengatur langkah ke arahku dan mengambil posisi betul-betul di sebelahku. Di pegangnya pipiku, diusapnya kepalaku. Wajahnya begitu tenang menyebabkan aku turut tenang. Terus terdetik dalam hatiku 'Ah, untungnya badan.

Sudahlah kacak, baik pula tu' Ditenungnya mataku dalam-dalam sebelum dia bertanyakan semula padaku, "Zahrah, kalau awak tak selesa Abang faham. Ni kali pertama awak hidup tanpa parents kan. Abang faham Zahrah. Susah bagi awak nak terima semua ni. Tapi, dari tadi Abang tak nampak pun Zahrah senyum. Kot ye pun, senyum lah sikit. Zahrah comel tau kalau senyum," dia cuba memujuk agar aku mengukir senyuman.

Entah kenapa, bibirku mula mengukir senyuman. Aneh. Kenapa aku akur dengan kata-kata dia? Ah! Aku tidak mahu lagi berada dalam kekeliruan. Aku perlu tahu kenapa dia beria-ia mahu menikahi aku. Gadis yang begitu banyak kelemahannya. Gadis yang tak pernah pun ambil peduli pasal dia malah aku tak pernah mengenalinya secara dekat sebelum ini. Oleh sebab itu aku perlu tahu. Aku ni sekadar pelengkap hidup dia yang sememangnya lengkap tu ke? Ye lah. Semuanya dia ada. Yang kurang, cuma isteri. Lagi-lagi umur dia yang dah masuk 30-an. Entah-entah aku ni pilihan dia yang terakhir.

"Hmm.... awak, kenapa awak nak kahwin dengan saya?" ayat pertama yang keluar dari rongga mulutku setelah bergelar suami isteri.

"Laa.. Sebab tu je ke. Zahrah cuma nak tahu tu je? Tu yang Zahrah diam membisu dari tadi?", ujar sang suami diikuti ketawa kecil.

"Awak, saya tanya kenapa awak nak kahwin dengan saya?" tanyaku dengan nada yang lebih tegas.

"Hmm... Zahrah nak Abang jawab macam mana? Biar Abang jawab asalkan isteri Abang senyum," soalanya kembali dengan lemah lembut.

"Awak, saya tak main-main ni. Saya tanya sekali lagi. Kenapa awak kahwin dengan saya?" bentakku.

"Okay. Abang akan jawab. Tapi, sebelum tu boleh Abang tahu kenapa Zahrah kahwin dengan Abang?" Soalnya pula seakan ingin menjeratku kembali.

Terkaku kelu lidahku mendengar ungkapan balas darinya. Ya, kenapa aku mengahwininya? Kalau aku tidak mahu, boleh saja aku katakan tidak. Tapi, kenapa aku terima? Kenapa aku tidak membantah di saat ibu dan ayah menjodohkan aku dengan dirinya? Apa yang membuatkan aku tertarik dengan si dia? Sebab wajahnya kah? Atau sebab kebijaksanaan si teruna? Atau mungkin kerana keimanannya? Aku tidak tahu. Aku keliru.

"Kenapa Zahrah membisu?" tanya si suami membuatkan aku tersedar.

"Saya tanya awak dulu kan! Awak jawab je lah! Jangan nak ubah topik boleh tak?" Bentakku sudah hilang sabar kerana terasa seolah sedang dipermainkan.

Dia agak terkejut dengan nada ku yang tinggi itu. Namun dia tidak marah. Yang menghairankan ku lagi, dia cuma tersenyum.

"Abang kahwin dengan Zahrah sebab Allah," ujarnya ringkas tetapi seakan penuh makna.

"Awak, dari dulu sampai sekarang itu je yang awak kata. I need your explanations! Please, I need to know the truth. Stop fooling around with God's name, boleh tak? Kalau awak nak menarik perhatian saya dengan jawapan awak tu, fine! You've made it! Saya tertarik bila dengar awak cakap macam tu. Tapi, sekarang please lah! Since, kita memang dah sah jadi husband and wife, I need to know why. And by saying that, I mean, explanation. saya tak nak hidup dalam kekeliruan. Hidup dalam sangkaan yang awak kahwin dengan saya sebab saya ni last choice. I'm tired of being the person who people i'll turn to bila diorang tengah lonely. Bila diorang dah tak ada tempat lain untuk mengadu, untuk berseronok, untuk bergelak tawa, baru diorang nak cari saya. Saya penat diperlakukan sebegitu. Awak faham?" jawabku panjang dan keras.

Ku palingkan mukaku darinya. Entah kenapa aku begitu takut untuk berkata kasar tepat pada wajahnya. Entah kenapa secara automatik aku berkata begitu tanpa ada sedikit pun keberanian memandang mukanya.

Sekali lagi, dia mengalihkan wajahku tepat memandang wajahnya. Senyuman nipis terukir di bibirnya. Tiada langsung bara kemarahan yang dapat dilihat dalam irisnya.

"Abang kahwin dengan Zahrah cuma ada satu sebab. Tak lebih, cuma satu. Orang lain, mungkin ada banyak sebab tapi bagi Abang, cukuplah satu sebab Abang. Abang kahwin dengan Zahrah bukan sebab Zahrah cantik. Abang akui, Zahrah memang cantik. Tapi, jujur Abang katakan kalau Abang nak cari yang lebih cantik, Abang boleh. Tu langsung tak menjadi masalah. Abang tak kahwin dengan Zahrah sebab Zahrah bijak. Buat apa Abang kahwin dengan orang yang bijak yang satu hari nanti berkemungkinan besar akan pijak kepala Abang? Abang tak kahwin dengan Zahrah sebab kemewahan. Tidak Zahrah, tidak sama sekali. Kalau mahukan kemewahan, segalanya Abang dah ada. Rumah.. Kereta... Walaupun tidaklah sebagus dan semahal mana, tapi sekurang-kurangnya Abang ada," balasnya lembut penuh hikmah dengan makna yang amat mendalam.

Kata-katanya lagi sekali membuatkan flood gate ku mula penuh hanya menanti masa untuk dirembeskan. Aku benar-benar kaget mendengar ucapannya. Seketul organ yang aku bawa selama ini, yang aku jaga daripada dipermainkan oleh mana-mana insan yang bergelar lelaki bagaikan ditusuk dan dirobek-robek halus oleh kata-katanya. Sinis sungguh arjuna ini! Mentang-mentang aku sudah sah menjadi isteri, boleh pula dia suka-suka hati cakap macam tu kat aku. Indah khabar dari rupa sungguh! Mahu sahaja aku tampar mukanya. Namun, entah kenapa badanku terus diam kaku. Seakan-akan masih menanti kata-kata yang bakal keluar dari bibirnya.

"Zahrah nak tahu kenapa Abang kahwin dengan Zahrah? Jawapan Abang memang takkan berubah, sayang. Tidak kiralah macam mana pun Zahrah tanya Abang, jawapan Abang tetap sama. Abang kahwin dengan Zahrah kerana Allah. Allah yang menentukan jodoh kita. Rusuk Abang, ada pada Zahrah. Jadi, siapa yang dapat melindungi hati Abang melainkan Zahrah? Mungkin Zahrah fikir kita tidak secocok. Tapi, ini semua perancangan-Nya, Zahrah. Kecantikan Zahrah, kebijaksanaan Zahrah, kemewahan Zahrah, itu semua tidak menarik Abang kepada Zahrah. Apa yang menarik Abang pada Zahrah adalah Allah. Segalanya telah Allah tentukan. Bila kita lahir, bila kita meninggal, siapa jodoh kita, berapa banyak rezeki kita, semua itu Allah telah tetapkan, sayang," tutur suamiku ikhlas.

Sekali lagi, kata-katanya menusuk kalbuku. Kali ini, air mataku tidak dapat dibendung lagi. Tersedu sedan aku menangis mendengar kata-katanya. Terus dipeluknya aku erat. Saat ini, aku terasa nyaman. Selamat sungguh aku rasa dalam pelukannya. Biarpun tangisan ku semakin menjadi-jadi, tapi hatiku seolah-olah mendapat satu ketenangan yang tidak dapat aku ungkapkan.

"Apa yang boleh Abang katakan, Abang tidak mungkin akan mengungkapkan kata-kata seperti orang lain. Bermanis mulut mengatakan isterinya begini begitu, menjawab persoalan mengapa dia mencintai isterinya dengan memberikan pelbagai perumpamaan. Abang tidak mampu melakukan semua itu. Tapi, kalau itu yang Zahrah mahu, Abang usahakan. Dengan izin-Nya, insya-Allah, Abang cuba. Tapi, tolong jangan terus menerus mempersoalkan ini dan itu. Ini semua kehendak Yang Maha Esa, sayang. Kita Muslim, kepercayaan kepada Allah adalah asas. Itu tonggak kebahagiaan kita dunia akhirat. Abang harap, Zahrah faham. Kita hidup atas dunia ni sementara," pujuknya tatkala melihat aku mulai menangis.

"Ta....tapi..... Abang tak kenal pun Zahrah... Abang tak pernah tahu pun hati budi Zahrah," aku cuba menduganya dalam sedu-sedan.

"Sekarang pun, kita boleh kenal antara satu sama lain kan? kita dah jadi suami isteri, lebih mudahlah Abang nak kenal isteri Abang, tak gitu?"

"Ta....tapi..... Abang tak tahu siapa Zahrah. Zahrah ni jahat. Abang baik. A..." aku masih ingin menduganya. Aku mahu dia tahu aku bukanlah sebaik dirinya. Aku tidak setaraf dengannya.

Dilekapkan jari telunjuknya ke bibirku. "Tiada siapa yang boleh menentukan kebaikan seseorang melainkan Allah, sayang. Tiada seorang pun. Hanya Allah yang selayaknya untuk memutuskan siapa yang baik, siapa yang tidak."

Kualihkan jari runcingnya dari bibirku, lantas ku pandang wajahnya. Memang benar kata orang, memang sejuk mata memandangnya. Dia masih kelihatan begitu tenang biarpun aku sudah mengasarinya. Hebat sungguh arjuna ini mengawal emosinya. Aku mengerti jika dia marah. Sudahlah baru sahaja selesai resepsi, penat masih belum hilang, tak semena-mena isterinya pula buat hal. Kagum sungguh aku dengan lelaki yang telah selamat menjadi suamiku.

"Abang, Zahrah minta maaf. Zahrah tak bermaksud nak berkasar dengan Abang. Tapi, bila ada yang mempersoalkan sebab kita berkahwin, Zahrah jadi keliru. Sungguh" ujarku terketar-ketar dalam tangisan.

Suamiku hanya mendiamkan diri. Dibelainya aku perlahan dengan harapan dapat menenangkan aku.

"Abang sendiri tahu, Zahrah tidaklah secantik mana, tidaklah sebijak mana. Mahu dibanding dengan gadis yang pernah Abang temui, mungkin Zahrah tidak langsung setaraf dengan mereka. Lagi-lagi kita tidak pernah keluar bersama. Alih-alih, kita nikah. Mestilah timbul curiga dalam hati orang" terangku satu persatu.

"Zahrah, sudahlah tu. Abang faham Zahrah inginkan penjelasan. Memang Zahrah berhak tahu kenapa abang berkahwin dengan Zahrah. Im marrying you because of Allah and the answer will remain the same forever. Zahrah percayakan Abang?" Soalnya ingin tahu isi hatiku.

Aku mengangguk tanda setuju. Tidak ada lagi kalimah yang bisa kususun melainkan ucapan puji bagi Ilahi. Terima kasih, Ya Rabb kerana mempertemukan aku dengannya. Terima kasih, Azza wa Jalla kerana kau mempertemukan aku dengan seorang lelaki yang bisa mendekatkanku dengan-Mu. Terima kasih, Ya Allah
smile always

Tuesday, July 5, 2011

HARGA SEHELAI TUDUNG LABUH




Harga Sehelai Tudung Labuh
Dia menangis tersedu dalam dakapanku.
"Walaupun ana salah, tak boleh ke mereka tegur depan-depan? Kenapa perlu cakap-cakap kat belakang".


ku mengusap lembut belakangnya, cuba menenangkan.


"Ana rasa ana ni macam jahat sangat, ana tak tahu pun mereka tak suka dengan sikap-sikap ana". "Ana rasa macam semua orang tak suka ana, cakap buruk tentang ana kat belakang",

tangisnya makin menjadi-jadi, tak pernah ku lihat dia menangis sebegitu kerana dia biasanya hanya suka berdiam dan memendam, susah meluahkan perasaan.


"Mereka kata macam-macam, ana ni pakai je tudung labuh, bawa imej Islam tapi perangai tak macam orang tudung labuh.Ana sedih akak....

Salah ke ana menegur kalau ana nampak mereka buat perkara tak betul? Memang ana akui ana agak tegas dan berterus terang, tapi ana bukan nak malukan mereka. Ana tahu ana tak sempurna, ana bukan budak sekolah agama, banyak lagi ilmu ana tak tahu.


Mereka kata masa ana tak pakai tudung labuh dulu, ana tak macam ni", rintihnya lagi.


Ku biarkan saja dia terus meluahkan apa yang terbuku di hatinya, biar dia lega.

Ku leraikan pelukannya, namun terus mengelus lembut bahunya, mudah-mudahan dia diberi kekuatan.


"Anti menyesal ke pakai tudung labuh?", ana meneka. Dia hanya membisu.

Dikesatnya air jernih yang turun melaju dari tubir matanya. Ku dapat mengagak jawapan disebalik kebisuannya.

"Anti berputus asa nak menegur mereka lagi?", ana terus menduga.


"Buat apa nak tegur lagi, kalau tegur pun akhirnya ana yang kena kutuk", perlahan dia menjawab dalam sedu sedannya.


"Anti,....dengan nada yang lembut ku cuba untuk menusuk ke dalam hatinya,

mungkin Allah nak uji anti hari ini. Inilah harga tudung labuh yang kita pakai, inilah harga yang kita terpaksa bayar. Siapa kata pakai tudung labuh itu senang? Tak mudah seperti yang mereka nampak. Bila dah bertekad untuk pakai tudung labuh, kita kena siapkan juga fizikal, mental dan hati kita, kita kena kuat, kena tahan dengan cabaran.


Dan inilah antara ujiannya. Bilamana kita orang yang bertudung labuh buat silap, terus dikaitkan dengan agama. Bahkan kita ni jadi perhatian di mana-mana.

Pada mereka, kita kena jadi sempurna, kena tahu semua ilmu agama, dan tak boleh buat silap sikit pun. Sedangkan, kita juga manusia, manusia yang banyak sangat kelemahan", saya bersuara sambil memandang tepat ke wajahnya yang sugul.


"Jangan pernah menyesal dengan diri anti dan tudung anti. Jangan kerana masalah sekecil ini, anti dah mengalah. Ujian ni banyak sangat hikmahnya untuk anti. Allah nak ajarkan tentang sesuatu kepada anti.

Sebelum ini anti, mungkin tak pernah rasai ujian bila bertudung labuh, awal-awal dulu, semua menyokong, memuji dan beri galakan.

Jadi, mungkin anti tak terkesan sangat dengan istimewanya diri anti sekarang. Bila Allah datangkan ujian macam ni, baru kita akan rasai, betapa tak mudah sebenarnya.


Bersama tudung yang kita pakai, ada tanggungjawab besar yang kita bawa bersama. Tanggungjawab untuk memegang amanah,membawa imej Islam, tanggungjawab memperbaiki diri, biar dalaman kita secantik luaran, akhlak kita indah sebagaimana tudung kita, tanggungjawab mempersiapkan diri dengan ilmu, kerana wanita seperti kita, selalu jadi tumpuan bila sahabat-sahabat ada permasalahan agama.


Jangan anggap ia sebagai beban, anggaplah ia sebagai keistimewaan, yang Allah bagi hanya khas kepada insan-insan yang Dia pilih....


Nah, betul kan, bertudung labuh tak semudah yang disangka?

Hanya yang betul kental saja dapat terus istiqamah dengannya, dan yang istiqamah dalam mengharapkan keredhaan Allah,

bukan kah mendapat tempat istimewa di sisiNya?

Anti tak nak jadi terkenal pada padangan Allah dan penduduk langit ke?

Anti dah nak berputus asa ke?" ku menduga. Melihat dia terus membisu, ku bersuara lagi.


"Begitu juga, ujian ini mungkin nak menyedarkan sesuatu tentang dakwah yang berhikmah. Dulu kita biasa saja dengarkan, kat mana-mana ustaz cakap, dalam mana-mana buku yang kita baca, dakwah mesti berhikmah.


Jadi sekarang Allah nak ajar anti bukan teori saja, apa itu dakwah berhikmah, tapi juga praktikalnya sekali. Bagaimana dakwah berhikmah? Mesti kena caranya, tempatnya, sesuai perkataanya, tidak melukakan, tidak menyebabkan kemarahan orang yang kita nasihatkan.


Bagaimana kalau dakwahnya tidak berhikmah? Maka jadilah, dakwah kita tak berkesan, mad'u kita terasa jauh hati dengan nasihat kita, dan akhirnya keluar lah cakap-cakap belakang macam yang anti alami sekarang.


Jadi, anti jelaskan maksud akak tadi ? Kenapa bersungguh benar Allah dan rasul minta kita berdakwah secara berhikmah. Dan mungkin Allah nak tegur, cara anti, Allah nak anti perbetulkan kaedah dakwah yang anti guna,


Allah nak kata, salah tu, kena perbaiki. Salahkah Allah tegur? Tak salah, kan.


Anti tau tak,kenapa Allah tegur anti dalam situasi begini,....Allah tegur, sebab Allah sayyaanngg kat antii..., Allah tegur sebab nak bagi anti kekuatan, Allah tegur supaya kerja-kerja ini dapat anti laksanakan dengan lebih berkesan.


Dan seperkara lagi,anti perlu ingat tau, bila berdakwah, kita akan berhadapan dengan macam-macam ragam orang. Ada yang sensitif, ada yang terbuka, jadi kena bijak kita sesuaikan.

Dai'e yang kental, takkan putus asa, sebab dia tahu, dakwah adalah kewajipan, bukan pilihan."


"Lagi, apa Allah nak bagitahu anti? Terasa sangat sakit dan terluka bila kita jadi bahan umpatan, kejian dan kelemahan kita dibicarakan kat belakang, kan?

Jadi bila kita tahu sakitnya macam ni, kita jangan sesekali buat perkara sama kepada sahabat kita sebab kita dah tahu betapa pedihnya, betapa peritnya akibat daripada perbuatan ni.


Bila kita lukakan hati orang, boleh menyebabkan permusuhan juga. Bila ada apa-apa yang perlu ditegur, dinasihati, jumpa sahabat kita sendiri, cakap secara jujur dan ikhlas, insyaAllah semua orang suka kalau kelembutan digunakan, cepat meresap.

Kalau pun dia mungkin tak dapat terus berubah, sekurang-kurangnya dia tak terasa hati, dan tak ada permusuhan antara kita"."Betul tak"?soal ana padanya.


"Anti, walaupun anti rasa ujian ni sangat menyakitkan hari ni, tapi, cuba anti lihat,ana tak nampak satu pun perkara buruk yang Allah maksudkan terhadap anti. Semuanya ada hikmah yang sangat indah. Kenapa teguran Allah ini begitu perit, sakit?

Sebab Allah nak kita ingat, sebab yang menyakitkan tu lebih lekat dalam ingatan kita, kalau ujian tu senang, mungkin kita tak hargainya. Allah nak kejutkan kita, mungkin Allah terpaksa 'menyergah' kita dengan kuat."


Sedu-sedannya telah reda, Ya Allah semoga kekalutan jiwa dia juga begitu.


"Habis, apa ana kena buat?", tanyanya.

"Sekarang anti perlu sujud taubat kepada Allah, minta keampunanNya, mungkin ada kesilapan yang anti tak sedari, bersyukur padaNya sebab Dia telah menegur anti dengan ujian begini.


Kemudian pergilah jumpa sahabat-sahabat yang terasa dengan anti tu dan minta maaf. Sekarang tak timbul isu siapa bersalah pada siapa dulu, tapi yang sebaik-baiknya adalah leraikan permusuhan, minta dan beri kemaafan." jawabku.


Dia menggenggam tanganku erat, "Terima kasih akak".

"Allah yang sedang memujuk anti, ana pelakon tambahan saja, tapi ana bersyukur, Allah kurniakan anugerah pengajaran yang tak ternilai untuk ana hari ni.


Terima kasih ya Allah, terima kasih pada anti juga.


" Hatiku tenang, moga Allah memberi dia ketenangan yang sama. Adikku,ingatlah, walau siapa pun kita, bertudung labuh, tudung biasa, atau yang tidak bertudung sekalipun, kita SEMUA adalah manusia biasa, yang lemah, ada cacat celanya.

Sekiranya ada sahabat-sahabat kita terlalai, terlupa, tolonglah ingatkan dia dengan sebaik cara. Dan yang paling utama, setiap apa saja ujian yang mendatangi kita, berbaik sangkalah pada Allah.


Bertenang, dan fikirkan hikmahnya dengan rasional. InsyaAllah, pasti dan pasti Allah tidak akan pernah menzalimi kita dan akak yakin, anti mampu melakukannya!!!

"mudah-mudahan dengan usaha adik yang sedikit itu,disusuli dengan niat yang ikhlas,Insya Allah,memperolehi rahmat dan barakah dari-Nya....Amiin..
smile always

Apa itu Istiqamah?

APA ITU ISTIQAMAH?
Istiqamah boleh dimaksudkan sebagai berdiri teguh ataupun tetap pendirian sepanjang masa atas dasar kebenaran dan petunjuk tanpa ragu-ragu.
Namun begitu, istiqamah ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan oleh seseorang itu, tetapi tidak mustahil untuk dilakukan sekiranya keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah cukup teguh. Untuk mempertahankan sesuatu, kita haruslah mempunyai kekuatan untuk mempertahankannya, apatah lagi sekiranya sesuatu yang kita ingin pertahankan itu bukan kegemaran ramai, ataupun sesuatu itu kelihatan asing bagi orang ramai. Tidak ramai yang mampu untuk melaksanakan istiqamah ini dalam kehidupan seharian.
Sebagai contoh, ramai orang yang suruh bersabar tetapi tidak ramai mampu bersabar. Seterusnya ramai yang memohon maaf tetapi tidak ramai yang boleh memberi maaf. Dan “adalah baik menjadi orang yang penting tetapi lebih penting menjadi orang yang baik”. Ramai orang zaman sekarang yang ingin menjadi orang yang penting disisi masyarakat, namun tidak ramai yang ingin menjadi orang yang baik disisi masyarakat. Disinilah perlunya istiqamah dalam diri kita, iaitu patuh dan tunduk dengan segala arahan dan larangan-NYA.
Sebagai hamba-NYA, dalam setiap urusan kita, haruslah kita cari terlebih dahulu keredhaan-NYA, bukannya keredhaan sesama makhluk. Sebab sekiranya sesuatu urusan itu seluruh manusia meredhanya tetapi tidak bagi Allah s.w.t, maka tiada nilainya urusan itu disisi-NYA, tetapi jika seluruh manusia membenci tetapi Allah meredhainya maka istiqamahlah dan tetap teguh dengan urusan tersebut.
“Sesungguhnya orang-orang yang berkata (menegaskan keyakinannya): “Tuhan Kami ialah Allah”, kemudian mereka istiqamah (tetap teguh di atas jalan yang betul), akan turun malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): “Janganlah kamu bimbang dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu. Kamilah penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat; dan kamu akan beroleh - pada hari akhirat - apa yang diingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh - pada hari itu - apa yang kamu cita-citakan mendapatnya.(Pemberian-pemberian yang serba mewah itu) sebagai sambutan penghormatan daripada Allah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani! Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, serta dia sendiri mengerjakan amalan yang soleh, sambil berkata: “Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!” (Surah Fussilat, ayat 30-33).
smile always

Sunday, July 3, 2011

Pujuk lah Diri! ^_^





Bila kita rasa tertekan, kita mahu orang pujuk. Bila kita rasa nak menangis, kita kalau boleh mahukan crying shoulder.

Tetapi sama ada kita sedar atau tidak, tiada siapa yang bersama dengan kita dari kalangan manusia ini, sepanjang 24 jam penuh.

Saya bercakap dalam konteks manusia. Ya, kita boleh kata Allah ada. Itu satu kenyataan yang tidak punya penafian. Tetapi manusia fitrahnya perlukan manusia lain juga untuk menyokongnya. Jika tidak, Allah tidak akan mengajar kita berukhuwwah, Islam tidak akan mendidik kita untuk bersilaturrahim.

Walaupun mungkin kita mempunyai sahabat terbaik, tetap sahabat terbaik itu tidak dapat bersama kita 24 jam penuh.

Dari kalangan manusia, yang bersama kita 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 4 minggu sebulan, 12 bulan setahun, dan bertahun-tahun dalam sepanjang kehidupan kita, hanyalah kita sahaja.

Maka belajarlah memujuk diri sendiri.

Selain Allah, yang paling memahami diri kita adalah kita sendiri sebenarnya.

Menyediakan dasar yang kuat

Bukan mudah hendak memujuk diri sendiri. Perlukan kekuatan dan tenaga yang besar. Hendak menggembleng fikiran dan rohani agar kekal tenang bukan satu perkara semudah 123.

Justeru untuk melatih kita agar berjaya memujuk diri dalam situasi yang menekan, perlu ada dasar yang sangat kuat, agar mampu menampung tekanan

dan bebanan yang menimpa kita.

Apakah dasar itu?

Itulah dia keimanan.

Saya, secara jujurnya, tidak nampak apakah lagi dasar yang lebih utuh daripada dasar ini.

Hanya dengan keimanan sahaja, kita akan berjaya memujuk,

merasionalkan, dan menenangkan diri.

“Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita

(terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.” Surah Ali-Imran ayat 139.




Menangis




Kadangkala, ‘pemujuk’ itu sudah wujud di dalam diri kita. Saya jumpa satu ‘pemujuk’ yang menyeronokkan.

Itulah dia satu makhluk bernama tangisan.

Ya. Menangis. Menangislah. Menangis puas-puas. Lepaskan segalanya.

Hakikatnya, menangis itu sendiri satu pujukan untuk diri. Kita lepaskan bebanan itu dalam bentuk air ibarat membuka empangan yang menahan air.

Tetapi jangan menangis seperti orang biasa. Kita orang beriman adalah manusia luar biasa. Menangislah sambil berfikir. Berfikir akan masalah yang

sedang dihadapi, ujian yang sedang ditanggungi. Jika ada apa-apa masalah yang tersimpan di dalam hati, keluarkan semuanya di dalam tangisan yang sedang mengalir.

Biar kita menangis untuk melapangkan jiwa. Bukan tangis kita tangis yang menambah kelemahan. Di samping air mata yang mengalir itu, ambil peluang ini untuk rasa kerdil di hadapan Allah SWT. Rasakan air mata yang tumpah itu, adalah satu bentuk kerendahan kita betapa kita ini manusia dan tak mampu nak tangani ujian ini. Air mata, itu adalah bukti kelemahan kita di hadapan Allah.

Moga-moga dengan terhapusnya ego kita, Allah mendamaikan jiwa, melapangkan hati, dan memberikan kita ketenangan dan jalan keluar kepada masalah kita.



“…kerana sesungguhnya orang-orang yang diberi ilmu sebelum itu apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka, mereka segera tunduk sujud (dalam keadaan hiba dan khusyuk); Serta mereka menegaskan (dalam sujudnya): Maha Suci Tuhan kami! Sesungguhnya janji Tuhan kami tetap terlaksana. Dan mereka segera tunduk sujud itu sambil menangis,

sedang Al-Quran menambahkan mereka khusyuk.” Surah Al-Israa’ ayat 107-109.

Nanti apabila air mata kita telah berhenti, kita akan rasa satu kelapangan yang besar.

InsyaAllah, ketika itu kita sudah sedikit tenang dan mula kembali menyusun strategi untuk menyelesaikan masalah kita.




Muhasabah




Satu lagi cara memujuk hati adalah dengan muhasabah.

Ya. Dengan kita memandang semula apa yang telah kita lakukan sehingga Allah menguji kita sebegini rupa. Kita lihat kembali apakah yang telah kita lakukan.

“Oh, aku masih tak tinggal dosa yang ni. Patutlah Allah tak bagi aku yang ini”

“Oh, aku silap di sini. Patutlah”

“La, memang salah aku rupanya”

“Hem… benda ni bolah selesaikan macam ni je rupanya. Apa fasal la tak nampak tadi”

Dan begitulah.

Dengan muhasabah, hati akan rasa tenang. Kita akan melihat kembali di mana kesalahan kita. Kita akan dapat menyusun pula rancangan kita yang seterusnya.

Dan orang yang hebat, adalah apabila dia jatuh, dia cepat-cepat naik semula.

Bagaimana dia cepat-cepat naik semula?

Dengan dia mengambil pengajaran atas kejatuhannya = muhasabah.


Penutup: Hadapi masalah. Jangan lari

Justeru pujuklah diri. Kuatkan hati, teguhkan jiwa, tenangkan kalbu.

Jangan lari dari masalah. Hadapinya. Langkahinya. Lari tidak menyelesaikan apa-apa.

Dan kemungkinan besar selepas kita bersemuka dengan ujian itu, penyelesaiannya adalah apa yang selama ini kita hajat-hajatkan. Mungkin selepas kita tabah menghadapinya, kita akan bertemu dengan sesuatu yang kita harapkan.

Siapa tahu.

Tetapi yang saya tahu, Allah tidak akan menciptakan sesuatu itu dengan sia-sia.

Termasuklah ujian.

Mesti ada sesuatu yang Allah hendak berikan, Allah hendak ajarkan, Allah hendak beritahu kepada kita dengan hadirnya ujian itu.

Tinggal kita sahaja tidak memerhatikan.

Maka hadapilah ujian.

Pujuklah diri.

Tenanglah jiwa, damailah hati!

smile always

mencari Kebahagian

suhana pernah minat pada seorang lelaki tak?" tanya kawan saya ketika kami sedang duduk berehat.

"Pernah lah," jawab saya. Agak segan kerana soalan sensitif yang dilontar oleh kawan.

"Kalau kau suka, kau akan buat apa?"

"Aku akan berdoa dalam hati, Allah,aku suka akan dia,jika dia adalah jodohku, maka dekatkanlah dia untukku, jika bukan maka berikanlah yang lebih baik dari itu,"jawab saya.

"Oh..." terdiam seketika kawan saya itu.

Benar, setiap orang pasti pernah jatuh cinta. Namun bagi yang menjaga iman dan diri, pasti dipendamkan dahulu, cuba berusaha dengan cara yang betul untuk meraih cinta tersebut. Berusaha untuk tidak mencemari diri dari melakukan perkara-perkara yang mampu mencalarkan maruah diri dan sebagainya.

Jangan jadi manusia terhegeh-hegeh dan terlalu menguja.


Wanita fitrahnya adalah seperti daun semalu, yang berduri dan bila disentuh tertutup malu. Seperti bunga mawar yang indah namun penuh berduri tajam.

Jangan dihilangkan fitrah itu, kerana cinta anda sanggup mengejar sesuatu yang pasti bukan kepunyaan anda.

Seringkali kerisauan mengenai jodoh menjadi pendorong kepada berlakunya ikatan kemanusiaan jantina yang berbeza yang tiada nilai di sisi agama - bercouple tanpa sah!

Atas alasan takut diri tidak laku,maka jika sesiapa lelaki yang menghulur cinta maka terus diterima tanpa berfikir dengan akal yang waras. Maka ketetapan Allah mengenai jodoh tidak dipeduli kerana kerisauan yang sering menghantui diri.

Sudah dibilang pelihara diri anda, maka peliharalah kerana itu bukan sesuatu yang merugikan. Namun, jika diri sudah terperangkap dengan mainan emosi kerisauan ini, segeralah bermuhasabah.

Ya,benar.. saya akui, jodoh tidak akan bergolek, a perlu dicari. Namun, pencarian anda itu bagaimana caranya? Adakah mengikut syariat atau tidak? Adakah anda yakin pacar anda sekarang pasti meminang anda atau tidak?

Dan akhirnya pasti kalian menjawab, "terserah pada Allah, moga inilah jodohku"..

Nah, akhirnya anda sendiri akur untuk berserah juga akhirnya, tetapi berserah setelah mengikut pencarian yang salah, anda sendiri mampu menafsir apa yang berlaku seterusnya.

Saya tidak menafikan juga bahawa kebahagiaan itu tidak mampu dinilai. Tapi sedarlah wahai sekalian sahabatku, kita sering bermimpi indah selepas perkahwinan, punya anak-anak yang soleh dan sebagainya, tapi hakikatnya kita masih kabur dalam menilai erti perkahwinan itu sendiri.

Seharusnya perkahwinan ini mampu menghasilkan generasi Islam yang lebih mantap, bukan pewaris kepada dosa-dosa yang kalian sudah lakukan sebelumnya.

Tuntasnya, saya mahu mengingat kepada diri serta sahabat sekalian bahawa carilah jodoh anda dengan cara yang paling diredhai oleh Allah.

Berpacaran bukanlah jalan terbaik untuk mengatasi masalah kerisauan anda tentang jodoh. Jika indah akhlak kalian, menjaga peribadi anda, jodoh itu sendiri datang kepada kalian tanpa disedari.

Mahu pasangan yang soleh dan solehah? Andalah yang perlu menjadi soleh atau solehah dulu...

Tidak perlu dicari jodoh itu, tapi mintalah kepada-Nya, kerana hanya DIA yang Maha Mengetahui jodoh terbaik untuk kalian.

Apa yang perlu kalian lakukan sekarang bukanlah menjalin hubungan mesra dengan pacaran tetapi jalinlah hubungan mesra dengan Yang Maha Memiliki!

Jangan sekadar mohon jodoh,namun mohonlah juga keturunan yang baik kerna itu bisa menjadi penyejuk mata dan hatimu.

Ikutlah jalan Islam, pasti bahagia selamanya, insyaAllah!

smile always