"siapa yang Allah mahukan kebaikan padanya, nescaya Allah memberikan kefahaman agama kepadanya."(riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Thursday, December 13, 2012

Andai Rasulullah Melihat Aku Ber'Facebook'


Assalammualaikum.. kalini nak kongsi entry yang sangat penting..buat pperingatan diriku dan muslimah sekalian..insyaAllah..




Assalamualaikum. Saya cuma nak kongsi sedikit perkongsian daripada usrah tadi. Tajuknya 'Andai Rasulullah s.a.w Melihat Aku Berfacebook'. Apa yang anda nampak bila dengar tajuk tu?
Seperti yang kita tahu, setiap sesuatu ada 'pro and cons'nya kan? Apa kebaikan facebook and apa pula keburukannya ?
Kawan usrah cakap facebook ni dapat menambah kenalan. Ada jugak yang cakap "disebabkan kitafriend dengan bermacam  umur manusia,so sedikit sebanyak kita dapat tahu apa yang berlaku. Contohnya di universiti. Kira dapat info sikit pasal U." Hah, ada jugak yang jawab, facebook ni boleh jadi alat untuk kita menarik minat non-muslim terhadap Islam. Dan dia cerita pengalaman dia ber'chatting' dengan seorang kristian.
Muslimah Dan Facebook
Nampak tak sebenarnya apa yang saya cuba nak sampaikan melalui tajuk tu?
Ok, begini ya anak-anak. Kalaulah kan, seandainya Rasulullah s.a.w masih ada, bersama kita, melihat kita.. agak-agak macam mana? Apalagi bila Baginda tengok kita muslimah ni dengan apa yang kita buat. Peringatan, BILA KITA BERFACEBOO, Agak-agak kena puji atau kena tegur?
Sebelum tu kena check dulu. Apa yang kita buat dengan facebook kita. Bermanfaat untuk orang lain atau tak? Dedah aurat tak kat facebook? Kalau dah tutup aurat pun, masih berbalas komen dengan mesra tak dengan lelaki? Chatting yang tak penting? Gambar tayang sesuka hati? Ada tak gambar yang spesis menggoda gitu. Cuba check!
Kalau Nabi Muhammad s.a.w tengok bagaimana kita ber 'facebook' ni, agak-agak kena puji tak? Masa nak berfacebook tu, apa rujukan anda? Siapa sasaran status anda? Banyak jenis orang di  facebook ni. Ada yang buat facebook macam diari.
"Facebook aku, suka hati aku la nak post apa pun!"
Kemudian, yang sedihnya bila golongan muslimah, yang faham pengertian ikhtilat, yang faham apa yang wajib dia faham, pun ter'jerumus' dalam the bad side of Facebook. The bad side of Facebook? Muslimah? macam mana tu? Begini..
Bagaiman syaitan menghias maksiat, kaburkan pandangan kita. Yang buruk tu nampak macam baik. Faham kan?
Contoh mudah. Kita couple. Couple islamik la kononnya. Datang istilah dari mana pun tak tau la.
"Kita tak pernah jumpa pun dengan boyfriend kita. Mesej-mesej je. Tu pun sebulan dua kali. Mesej yang elok-elok je la. Kejut tahajud, subuh, bagi nasihat dan tazkirah. Kita saling mencintai kerana Allah. Apa tu orang kata, ukhuwwahfillah? Ha, ye la tu. Tak dosa. Kami tahu syariat sebab tu tak couple macam orang lain. Couple macam orang lain tu kan taqrabul zina. Kami ingat dosa lagi tau."
Betul ke ni?
Contoh dalam facebook. Kita post status dengan genre Islamik, Kemudian ada la rijal mari bertandang,
"Bagusla enti ni. Post status yang bermanfaat untuk semua. Kalau enti masuk ustazah pilihanconfirm menang ni."
"Eh, takdelah. Biasa-biasa je. Enta tu lagi hebat. Post hadith memanjang. Kalau masuk Imam Muda, mesti kalah semua orang."
Nampak?

Wahai saudara seangkatan segenderku! Siapa yang buka ruang sebenarnya ni? Kemudian kalau ikhwan tu tiba-tiba jadi mesra, mula la nak bersalah sangka, "Eh,dia ni. Nampak je waro' tapi miang jugak." "Tak sangka dia berani nak hint-hint aku. Dia sedar tak aku ni siapa, dia tu siapa?"
Hmm, Kasihan muslimin. Dipersalah terus menerus. Saudari, jangan salah faham. Bukan saya nak back up pakatan axis Y ni. Tapi kadang-kadang ada sesetengah perkara tu salah kita sebenarnya. 
Seterusnya, post status cinta. Semua status dia tu bertemakan cinta. Cinta islamik popular sekarang ni kat facebook kan? Banyak page-page cinta islamik.
Malah, Buka sahaja facebook. Dekat home tu boleh dikatakan separuh atau lebih yang bercerita soal cinta. Termasuk saya, kadang-kadang.
"Aku mencintaimu kerana agama yang ada pada dirimu. Kalau hilang agamamu, maka hilanglah cintaku padamu."
Tipu kalau tak pernah dengar quote tuh.
"Aku menunggumu kerana Allah."
Remaja, Jangan layu sangat dengan falsafah cinta. Da'ie itu bukan membuang masanya dengan falsafah cinta sahaja. Bimbang mulut menutur nasihat cinta islamik, sedangkan hati sedang memujuk nafsu agar mendekati.
Jangan salah faham. Bukan nak cakap benda ni salah. Baguslah sebenarnya kalau cinta berlandaskan iman. Tapi takkan itu sahaja yang kita fikir? Kalau lah kecintaan terhadap ummah macam ni. Subhanallah. Musuh islam pun gerun tengok kita.
Ada jugak yang spesis 'aku like kau, kau like aku'. Tiap-tiap status dia like. Macam pelik je, status yang tak menarik pun di 'like'. Ni like status ke like tuan status? Status sesama gender tu kurang pula dia nak like. Status yang different gender tu juga dia nak like. Apa tuh orang kata, macam magnet. Kan? Kalau North sama North, dia tolak. North dengan South baru boleh tertarik. Magnet nak main aci-tarik-aci-tolak pun tak apala. Magnet tak kenal halal haram. Tapi yang kita ni. Sepatutnya dah terlebih faham kan.
Lagi satu, pasal gambar. Kalau boleh tak perlu la nak upload gambar yang jelas terang-terangan sampai nampak segala jerawat. Muslimah, Walaupun awak tutup aurat dengan sempurna sekalipun, jangan jadikan perkara itu sebagai lesen untuk awak upload gambar sesuka hati. Kita tak tau hati orang. Kita tak tau apa yang orang pakatan axis Y tu fikir . Jadi jagalah perlakuan kita, mahalkanlah mahar maruah kita.
Kemudian, untuk kamu yang berniqab. Walaupun hanya nampak mata sahaja, janganlah kamu ambil gambar yang agak 'melampau'. Bimbang nanti terpesong niat pula. Moga dijauhkan. Kita berniqob kerana Allah. Sebab nak jadi lebih baik dari sebelum ni. Jadi, rasanya tak perlu untuk kita letak gambar berniqob yang agak jelas. Gambar individual, kalau ramai-ramai lain cerita. Masalahnya gambar yang shooting dekat. Jelas keindahan mata yang mempesonakan. (Sila jangan marah ya, saya pun niqobi jugak :D )

Andai Rasulullah s.a.w melihat aku berfacebook, apakah reaksinya?
Kecewakah dia denganku? Ya Allah, peliharalah diri kami dari segala yang membinasakan..
Entry ini hanya sekadar perkongsian, pandangan. Take it or leave it. Don't judge a writing by its author. Aku hanya hamba yang dhoif, baru belajar nak kenal Tuhan :')
Jom jadi pelik! Hidup GENERASI GHURABA'!
blogger author ; 

http://srikandiasytari.blogspot.com/


smile always

sahre share

Ada banyak kes, manusia cuba menjadi baik, jadi pandai, jadi berjaya, tapi tak mampu juga. Dia dah usaha banyak kali, tetapi asyik gagal sahaja untuk mencapai kebaikan.

Akhirnya dia kecewa. Putus asa. Dan berkata: “Allah dah takdirkan aku macam ini nampaknya”

Kesilapan orang sebegini adalah, dia tidak melihat keluasan kasih sayang Allah padanya.


Apakah dia tidak melihat, bahawa umur masih ada padanya, masa masih bergerak di sekelilingnya, usianya masih diterus sambung? Jadi, di mana peluang untuk berputus asa? Putus asa ini hanya bila mati sahaja. Sebelum mati, kita punya banyak peluang dan ruang untuk berusaha. Tidakkah kita melihat kasih sayang Allah pada ketika ini?

Kesukaran kita mendapat kebaikan adalah satu ujian. Ia bukan satu alasan untuk mengambil keburukan dan redha dengan kerosakan. Allah SWT berfirman dalam surah Al-Mulk ayat 2:

“Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup bagi menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang terbaik amalannya; dan Dia itu Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);”

Ujian perlu ditempuh dengan kecekalan. Bukan berputus asa.

Allah SWT berfirman:

“Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir” Surah Yusuf ayat 87.

Hanya yang tidak percaya kepada Allah sahaja akan berputus asa.

Lihat. Pilihan di tangan anda. Kenapa anda memilih untuk tidak berusaha sampai ke akhirnya?

Kita banyak songeh dengan menyalahkan Allah SWT itu dan ini. Sedangkan, Allah tumpahkan kepada kita banyak kebaikan. Keburukan-keburukan yang berlaku dalam hidup kita, majoritinya adalah kerana diri kita sendiri.

“Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.” Surah As-Syuura ayat 30.

Kita lupa, bahawa Allah tidak pernah membutuhkan kita. Kita yang memerlukanNya.

“Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.” Surah Toha ayat 132.

Maka, apakah patut kita mengkhianati kasih-sayangNya yang luas itu dengan memilih keburukan, memilih untuk berputus asa, dan tidak bergerak untuk berusaha sehingga ke akhirnya?

Ketahuilah, walau usaha kita itu tidak berhasil, tetap ada pahala pada usaha itu.

“Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!” Surah Al-Zalzalah ayat 7.

Besarnya kasih sayang Allah. Kita yang mengkhianatiNya.
-------------------------------
Petikan Buku Motivasi Untuk Kita Pendosa: Harapan Selalu Ada!


smile always

sharing is caring

Cuma apa yang perlu anda lakukan adalah :

Bangun awal pagi untuk solat Subuh. Air wudhuk yang mengenai muka boleh menegangkan kulit.
Menunaikan solat Zohor di tengah hari. Air wudhuk yang mengenai muka boleh mencerahkan mata.
Tidak melalaikan solat Asar di waktu petang. Air wudhuk yang mengenai muka boleh membersihkan kekotoran asap & habuk siang.
Tidak berlengah untuk solat Maghrib. Air wudhuk yang mengenai muka boleh menghilangkan bau di hidung & mulut.
Sentiasa ingat solat Isya di waktu malam. Air wudhuk yang mengenai muka boleh menceriakan wajah dari kemungkaran.


smile always

perkongsian

‎10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah.

1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.



smile always

Tuesday, December 11, 2012

aku suka ni

‎"Hidayah umpama CAHAYA , mana mungkin dapat ditembusi dalam bilik gelap yg di TUTUP RAPAT...sama halnya bila kita mahu BERUBAH. Hanya hati yg LAPANG dapat ditembusi cahaya. Mereka yg pernah melalui zaman "GELAP" sahaja tahu menghargai CAHAYA"




smile always

perkongsian ;)


 

smile always

nak kongsi apa yang dah bacae ^_^

Tanda Tanda Solat Istikharah

Imam As-syawkani mengatakan ianya disyariatkan di dalam Islam dan tidak diketahui terdapat khilaf padanya (Naylul Awtar, 3/71). Kedua-dua amalan ini mempunyai asas dan amat digalakkan di dalam Islam. Asasnya termaktub di dalam hadith shohih riwayat al-Bukhari (Al-Bukhari, Kitab ad-Da’awat, no 6382; Sohih menurut Al-Bukhari, At-Tirmidzi & Abi Hatim tetapi dhoif menurut

 Imam Ahmad Hanbal; Shohih dengan shawahid menurut Syeikh Syuaib Arnout), Dari Jabir r.a bahawa Nabi bersabda : “Apa seseorang kamu inginkan sesuatu maka hendaklah ia rukuk ( solat ) dua rak’at yang bukan solat fardhu (yakni solat sunat) kemudian berdoa : “ Allahumma inni astakhiruka bi`ilmika, wa astaqdiruka bi-qudratika, wa as'aluka min fadlika al-azim, fa'innaka taqdiru wala aqdiru, wa ta`lamu wa la a`lamu, wa anta `allamu-l-ghuyub.

Allahumma, in kunta ta`lamu anna hadhal-amra [here mention your case] khairun li fi dini wa ma`ashi wa `aqibati 'amri (or 'ajili amri wa`ajilihi) faqdurhu li wa yas-sirhu li thumma barik li fihi.
Wa in ta`lamu anna hadhal-amra sharrun li fi deeni wa ma`ashi wa `aqibati 'amri (or `ajili amri wa ajilihi) fasrifhu `anni was-rifni `anhu, waqdur liya al-khaira haithu kana thumma 'ardini bihi.”

Ertinya : “Ya Allah, sesungguhnya aku beristikharah dengan ilmuMu dan memohon dari kekuasaanMu, dan aku memohon dari kurnianMu dan agung, dan sesungguhnya Dikaulah yang maha berkuasa dan tiadalah aku berkuasa, Dikau Maha mengetahui dan aku tidak mengetahui, dan dikau maha mengetahui perkara Ghayb, Ya Allah sekiranya urusan ini (sebutkan urusannya) baik untukku pada agamaku, kehidupanku dan pengakhiranku, maka taqdirkan ia bagiku, dan sekiranya urusan / perkaara ini buruk bagiku, agamaku,kehidupanku dan pengakhiranku, jauhkan ia dariku dan jauhkan ku darinya, dan berikanlah aku yang terbaik dimana jua ia berada dan jadikanlah daku redha dengannya”

Perlu juga diingat bahawa :-

Tidaklah menjadi suatu kemestian di dalam Istikharah; seseorang itu mendapat tanda di dalam mimpi, justeru ia lalu perlu tidur terlebih dahulu. Amalan istikharah sebelum tidur dan kemudian tidur dengan berwudhu bagi mendapat mimpi tanda istikharah adalah hanya cadangan dari Al-Allamah Ibn ‘Abidin (rujuk Hasyiah Ibn ‘Abidin). Manakala ulama Mazhab Syafie, Maliki dan Hanbali pula menggalakkan istikharah dibuat dalam bentuk yang paling meyakinkan tanpa menyebut “tidur”. Hakikatnya tanda istikharah boleh diperolehi dengan pelbagai cara, antaranya; selepas berdoa atau solat, berbincang dengan orang yang boleh dipercayai dan berpengalaman, juga melihat kepada tanda-tanda sekeliling termasuk bakal pasangan(dalam hal nikah kahwin).

Solat istikharah 7 kali berturut ; adapun panduan agar solat istikharah dibuat sebanyak 7 kali datang dari sebuah hadith yang dhoif iaitu : “Apabila kamu inginkan sesuatu maka beristikharahlah kepada tuhanmu sebanyak 7 kali kemudian perhatilah petanda / perasaan yang datan terlebih dahulu(dominan) di dalam hatimu” ( Riwayat Ibn Sunni dari Anas, Al-Hafidz Al-‘Iraqi, An-Nawawi, Ibn Hajar mengatakan sanadnya amat lemah, rujuk Fath al-Bari, 11/223 cet Maktabah Risalah Hadithah & Naylul Awtar, 3/71)

Terdapat juga ulama yang mencadangkan si pembuat istikharah agar jangan mempunyai kecenderungan tertentu kepada salah satu antara dua(atau lebih pilihannya) sebelum membuat istikharah. Demikian pandangan Ibn Hajar Al-‘Asqolani (Fath Al-Bari, 11/223)

Adapun soalan penanya, sejauh manakah kita perlu berpegang dengan jawapan istikharah, jawapannya tiada sebarang paksaan, malah jika gerak hati kita tiba-tiba berat untuk menolak walapun tanda-tanda menunjukkan “terima”, sebenarnya berat hati menolak itu jugalah tanda hasil istikharah.

Cuma tidak di nafikan bahawa kemungkinan membenci keputusan hati kita yang berkehendakan sesuatu itu adalah hasil hawa nafsu sebelum istikharah dimulakan, maka tatkala itu adalah digalakkan agar kita menuruti tanda-tanda Istikharah, ia berdalilkan doa yang diajarkan oleh nabi di atas yang menyebut “..berikanlah aku yang terbaik dimana jua ia berada dan jadikanlah daku redha dengannya”, sebutan ini jelas menunjukkan bahawa mungkin nafsu tidak begitu redha dengan keputusan istikharah tetapi kita memohon agar hati menjadi redha kerana keyakinan dengan petunjuk dari Ilahi.

Mengutamakan keputusan istikharah perlu diutamakan dalam hal ini, tetapi tidaklah sampai ke tahap wajib. Pandangan ini dipilih oleh Syeikh Ahmad Kutty (Senior Lecturer/Imam di Islamic Institute, Toronto). Menurut As-Syawkani, Imam An-Nawawi juga cenderung kepada perlunya seseorang meredhakan dirinya untuk menerima keputusan istikharah yang dibuat. ( Naylul Awtar, 3/71)

Galakkan menuruti tanda istikharah juga datang dari riwayat hadith Nabi SAW ertinya : “ Salah satu sumber kebahagian anak Adam adalah beristikharah kepada Allah dan redha dengan apa yang ditentukan kepadanya, dan daripada keburukkan anak Adam adalah meninggalkan istikharah kepada Allah dan membenci apa yang telag ditentukan kepadanya” (Riwayat Ahmad, At-Tirmidzi ; Hasan Menurut Ibn Hajar di dalam Fath al-Bari 11/155 ; Bagaimanapun terdapat perawi dhoif dalam sanadnya kata Syeikh Syuaib ; Rujuk Zad al-Ma’ad , Ibn Qoyyim, 2/406 cet muassasah ar-risalah). Imam Ibn Qoyyim juga mengulas kepentingan tawakkal kepada Allah dengan keputusan yang di dapati dari istikharah, lalu perlu menurutinya . ( Zad al-Ma’ad, 2/406)

Persoalan keputusan itu mendatangkan mudarat kepada orang lain, maka sepatutnya istikharah dibuat sebelum apa-apa langkah pertemuan dengan pihak keluarga dibuat. Dalam hal di atas, kelihatan istikharah dibuat tidak pada masanya. Wallahu ‘alam, dalam keadaan ini perbincangan dan penjelasan antara pihak terlibat perlu dibuat dengan baik bagi menyelesaikan konflik yang berlaku. Bagaimanapun, pada hemat saya, ia perlu bergantung kepada sejauh mana kekuatan petunjuk istikharah itu, dan adakah ia benar-benar kuat agar berpisah atau masih samar-samar kurang jelas. Implikasi sehingga menyebabkan mudarat mental kepada keluarga yang satu lagi juga patut di ambil kira. Bagaimanapun, jika petunjuk kuat dan tepat, maka ia perlualah diutamakan. Wallahu a’lam.




smile always

Monday, December 10, 2012

Cinta Tak Harus Memiliki. (ceh, jiwang. HAHA XD)

Bila puas kita menadah dan meluah kepada ALLAH.. Sering kali hati setiap jiwa jiwa manusia memerlukan teman untuk meluah.. Meluah amarah,air mata malahan rasa Cinta..
"Jika kita inginkan Cinta tapi kita enggan jatuh cinta ia sama saja seperti meminta Syurga tapi tidak mahu diuji IMAN nya.."
Dan seperti mana mana fitrah manusia..Rasa cinta itu wujud dan kadang aku jua perlu doktor Cinta..Aneh bukan.. Mencintai tidak bererti memiliki..Siapa berhak melunakkan skeping hati selain Dia,Mencintai seseorang bermakna kamu perlu bersedia menerima,Segala kesudahan rasa,Mencintailah keranaNya dan kamu akan merasai lazatnya cinta,Tiada jiwa terluka..tiada hati tersiksa,Kerana insan percaya, takdirNya terindah dari segala peristiwa,Kerana kita percaya, Dia menentukan segalanya.Jodohnya manusia adaditangannya.Andai kehendak hati terhenti,Percayalah, Dia sedang mengaturkan sesuatu yang lebih baik lagi,Cinta yang membuatkan mu tidak lena,Menjadikan harimu terganggu setiap masa,Bukannya itu cinta yang diharapkan,Itu hanya perasaan yang hanya mengundang tekanan,Cinta sesungguhnya apabila kamu mencinta keranaNya,Redha dengan takdirNya,Menerima suratan dengan siapa kamu dipertemukan,Mensyukuri pertemuan jodohmu walau bukan dengan insan idaman,Asalkan si dia mencintai Tuhan,Kita kan terus mencintainya tanpa alasan..Dulu aku penuh yakin dan bersemangat bila berdoa.. Segala apa yang ku pinta ada yang hadir tanpa diduga..Dan bila mana kali ini aku enggan hilang akan sesuatu itu. Doa aku berubah dari daerah yang yakin berubah ke daerah yang merayu , merintih.. YA ALLAH.. dengan nada yang penuh pengharapan bukan lagi nada keyakinan..Bukan aku tidak yakin akan ketentuan NYA..Namun kali ini Doa aku penuh dengan sejuta pengharapan.. ALLAH mengajar aku berserah diri pada NYA..Semoga ALLAH masih sudi mendidik diri ku yang hina ini. Jika angan ku ini jua berupa Doa.. ALLAH,makbulkan jualah angan ku
Tidak kusanggah kakiku yang terhayun deras, seakan lincah macan yang laparkan rusa. Tapi, sesak tetap bersarang di dada bila aku dilabel seorang insan yang serabut kepala. Setiap butir kata yang aku lontarkan, dikata orang sedang gelojoh menjolok mimpi yang masak ranum di rimbunan langit.  Benarkah? Atau sebenarnya sang masa yang berlari-lari?      Aku cuma seorang anak muda.  Perkataan ‘cuma’ itu harus kubuang jauh-jauh.




smile always

SETUJU TAK?



Semua manusia punya cinta. Semua manusia pengen ingin dicinta. Tetapi cinta kalau tidak pada tempat dan sandaran yang betul akan merosak jiwa. Sekarang bukan masanya , jadi jagan terburu-buru kerna dia Maha Mengetahui dan berjanji yang baik adalah untuk yang baik. Jadi, yakin sahaja sama janjiNya.
DIA tidak pernah mengecewakan. Cinta dahulu kepada yang mengurniakan rasa cinta itu ^_^


macam ni barulah sweet. Diri terpelihara.







smile always

????

Assalammualaikum. well, tajuk entry kali ini aku pun tak tahu nak tulis. Sebenarnya, lately ni hati aku dah jadi macam dulu. Aku benci tau tak. Punye selame ni aku hidup dengan setenang tenang nye and sehepi hepinya dengan kawan kawan aku tanpa seorang hamba ni. Kenapa tiba-tiba mu muncul and aku dengar berita yang mematahkan hati aku ni ha? kenape? kenape? kenape? What I did wrong to you?. Lately ni pun aku asyik termenung menung dan tak macam dulu. kenape dengan mu ni? memang tak suka tengok aku happy ke?. Ape ape pun lantak lah dekat mu. Aku serah je kat Allah s.w.t. HES the best planner for me and my life. Biarlah zaman gelap aku tu berlalu menjadi sebuah kenangan. I wont repeat it again for the rest of my life. All  I know is make my parents proud of me,learn a variety of knowledges, success in my life, make my dream comes true and the most important thing is, be muslimah yang solehah semana yang mungkin dan menjadi Hamba Allah s.w.t yang beriman.InsyaAllah!. Let me pretend that you didn't exist and the person that I didn't know. At least my heart not hurt anymore.please go...

yes. that's true. its related to me.

TRUE
 




smile always

mad

Aku tak tau la ape nak cakap. Hati aku dah remuk. Aku serah pade Allah s.w.t. Please dont kacau my life yang sangat happys sekarang dengan perasaan membencimu.
                                                                                                     


smile always

Tuesday, December 4, 2012

5 jam yang membosankan .

 Assalammualaikum. Hyee. well, the tittle of this entry is "5 jam yang membosankan" ? actually, tak lah membosankan sangat. Hari ini ceramah kurikulum pendidikan pemandu dekat tapah. Alhamduillah, banyak benda tak tahu dah dapat tahu dah sekarang ni. Just bila dah samapi tengahari tuu memang mata dah tak boleh tahan. mengantokkkk sangat sangat. Yang hazimah pulak, dah tertido sekali.Hahaha. Aku berusaha lah tahan ngantukkk aku yang tahap maksimum ni hah.. sakit kepalaaaaa jadinya. Adoi, dugaan. Nampak orang test2 kereta tadi, ada yang tak lepas naik bukit. Haha. tengok macam lawak pun ada. Tapi jangan gelak sangat, aku pun nanti macam tu kot. test kat JPJ tu yang aku tak nak. takot kottt.. seramm. Paling tak sabar sekali nak test2 naik kereta tuu..waaaa, bestnye. huhuhu. okay lah blog, tu jee aku nak cerite. jumpa lagi . XOXO ;) 


ambil gambar, sebagai kenang kenangan :D

smile always

Monday, December 3, 2012

cant wait

Assalammualaikum. Hi. we meet again my boring blog. I dont have a diary and I am kinda person that hate to write something when there is have another alternative way which is my BLOG. okay, here we go. Najihah and fatheen dieorang pergi daftar license tempat lain. so, kalau nak pergi ceramah or ape ape ke I dont have any partner. I dont mind. tapi its really really awkward that I have to face all those thing by myself. maybe this is the way to teach me to be more independent. perhaps. Tapi, I heard that someone from batu putih from sentosa ambil tempat sama dengan saya, So, aku teray tanya  Hazimah :D guesssss whatttt??? memang dia pun! Alhamdulillah. I've got a partner now. Nasib baik. Kalau tak awkward kot nak bawa diri by myself. Pergi makan, solat, dengar ceramah all by myself? Hello. tak nak leee.. Tapi sekarang tak payah risau sudaa. Alhamdulillah. All I want is, get my own license ASAP. so, kalau aku nak pergi kerja dekat oldtown pun I can drive. Wow, imagine that I drive a car by myself to go to work! HAHAHA. satu pengalaman yang baru bila kita dah meningkat usia. Hahaha. meningkat usia lah sangat kannnn.. yelah, I can drive my father's car. Dia jarang pun guna kereta merah tuu. so, sape sape nak pergi kerja(kalau sama shift laa yee) now boleh tumpang jep saya. No prob. Okaylah, time to sleep. esok nak bangun awal. ceramah 5 Jam. sangat lama. XOXO. byee. Assalammualaikum my blog. see you again



yes. its true :D



smile always

Sunday, December 2, 2012

a painful break


Assalammualaikum :) Hari ini hari keempat rasenye aku merdeka dari SPM. Still tak ade buat ape lagi, masih dalam perancangan. Aku tersangatlah boring duduk rumah tak buat ape. yelah, mak ayah keje. aku jela raja kat dalam rumah. Esok insyaAllah aku pergi interview kerja dekat Old Town. Kalian doakan saya ya :D huhu. kecek indonesia lak. Sebenarnye aku cadang nak ambik license dulu baru kerja an an. tapi entahlah aku malas pikir aku buat kedua duanya sekali. Kadang-kadang aku feel lonely..yelah, kan best kalau adik beradik banyak. riuh sikit rumah.ni aku ada 3 je adik beradik.hehe. Nak pergi rumah akak, takut dok umahh jee nanti.. yelah, aku mane ade license kereta ke moto ke nak keluar. so, aku cadang nak ambik license dulu. Nak keluar petang-petang gi jejalan pun nak ajak sapa? kawan pun kadang kadang tak dapat nak keluar. kadang kadang aku nak jee keluar sorang sorang tapi tak ade transport lah pulak. yelah, basikal aku kena kebas oleh hamba Allah yang memang begong lah sangat curik basikal aku. Geram betol. salah aku gak tak kunci basikal. tapi selama 2 tahun kot aku tak kunci. Okay jee. tapi takpelah,benda dah jadi nak wat macam mane. Esok jugak kena hantar buku teks kat sekolah. bosannye . eeeeiii, aku rase geram sangat. tak taulah sebab ape. mungkin seseorang tau kenapa aku geram sangat. Aku just taktau ah nak luah kat sape kalau aku ade problem with my friends ke jiran aku ke(haha) sape sape kee.. mak aku dia tak memahami sangat setiap problem aku. So, aku rase hanya Allah laa tempat paling terbaik untuk aku mengadu. Dialah yang faham 100% kan. betol tak. tapi kadang kadang aku nak Allah cakap balik dengan aku.tapi, tu mustahil. at last, menagislah aku sorang sorang. kikiki. lawak pulak. lepas tu,Allah bagi petunjuk.. Alhamdulillah.. tu lah salah satu kebaikan ngadu dekat Allah.. eemm, nak cakap ape lagi ek. aku bosan tersangat lah bosan. Aku ada laa layan sineron indon ni kat astro ria. haha, bosan punye pasei aku layan la cerita indon. P/s: aku memang minat pun cerita indon ni. Cerita tu dia punya heronya bila pandang tergugat iman kot, hemsem lah bukan main. tak penah aku tengok seganteng gitu. Haha. bestlah jugak ceritanya pasal budak budak sekolah menengah suit jugaklah dengan diri aku ni baru abis sekolah menengah. HUHU. Tahun depan pun insyaAllah aku pergi Bandung bersama sama dengan mak aku je. just Both of us okay. huhu. sweet tak? Hahaha. Okaylah blog, kalau aku bosan lagi aku jenguk kau lagi ye. Babai. Assalammualaikum.

nilah heronya. hensem lah jugak. 




hensem pn pandai gak nagi kan. alhamdulillah. kihkih XD


                                                                                                            
smile always