Tips untuk perolehi penghujung yang baik (husnul khotimah) :
• Lazimkan diri dengan perkara-perkara baik untuk perolehi penghujung baik (husnul khotimah) seperti hadiri majlis ilmu, baca Al-Quran dsb.
• Lazimkan dengan hal/keadaan yang kita ingin diwafatkan.
Contohnya jika kita ingin diwafatkan dalam keadaan sujud, maka perbanyakkan sujud (solat) dsb.
• Lazimkan baca doa yang diajar oleh Rasulullah SAW dari surah Ali Imran ayat 8 ;
رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ
"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau, kerana sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (kurnia)."
Nasihat AL-HABIB ALI ZAENAL ABIDIN bin ABU BAKAR AL-HAMID di Yayasan Al-Jenderami 05/12/12
No comments:
Post a Comment